PENGUMUMAN Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Penaung dan Presiden Kuala Lumpur (KL) City FC baharu mendapat respons daripada pelbagai pihak.
KLFA berkata, Menteri Wilayah Persekutuan itu akan bertindak sebagai penasihat dalam urusan berkaitan bola sepak untuk membawa kelab itu ke tahap lebih tinggi.
Shahidan juga merupakan Presiden Renang Malaysia (MS) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Menjengah ke ruangan komen di laman Facebook, rata-rata penyokong bola sepak tempatan begitupun tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut.
Shahidan Kassim pernah menerajui Perlis FA ketika zaman kegemilangannya. — Gambar hiasan
Harry Muhammad menyarankan pemain KL City sedia ada supaya angkat kaki dan mengundurkan diri, seterusnya mengambil peluang untuk berpindah ke pasukan lain pada musim depan.
"Tengok Perlis pun lingkup kering kontang kena s***u. Dah licin tinggalkan macam tu je, orang lain kena rebrand.
"Pemain dan penyokong jadi mangsa. Orang politik dah tak relevan penaung pasukan bola. Confirm ke laut," katanya.
Sementara itu, Farhan Aiman hairan apabila pelantikan Shahidan itu masih dibenarkan meskipun dianggap gagal ketika menjadi Presiden Perlis FA sebelum ini.
Morni Mustafa menulis: Menteri-menteri atau MP (Ahli Parlimen) buatlah kerja yang diamanahkan oleh rakyat. Kenapa perlu menyemak dalam persatuan bola sepak?"
Pada 1 Februari 2013, Shahidan memutuskan untuk meletak jawatan sebagai jawatankuasa kecil FAM.
Tidak lama kemudian, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Perlis FA, tatkala pemainnya berdepan dengan masalah tunggakan gaji.
Untuk rekod, ketika Perlis di bawah kendalian Shahidan, skuad Singa Utara telah meraih gelaran juara Piala Malaysia sebanyak dua kali pada tahun 2004 dan 2006, selain pernah menjuarai Liga Super pada tahun 2005. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram