Pak Ngah dah mohon maaf tapi ramai mahu '3M' jadi pengganti


  • Podium
  • Jumaat, 29 Jul 2022

Aksi Ronald Ngah (kanan) ketika menentang KL City FC pada Rabu. — Facebook/ KDA FC

KEMENANGAN Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi Liga Super pada Rabu, sekali gus membuatkan Kedah Darul Aman (KDA) gigit jari untuk mengumpul mata.

Dalam perlawanan di di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, dekat ibu negara itu, KL City menang 2-1 ke atas Kedah selepas bangkit daripada ketinggalan 0-1.

Kedua-dua gol KL City disumbangkan oleh Jordan Mintah pada minit ke-56 dan ke-72.

Sementara itu, Kedah menyaksikan Aiman Afif meledak gol pada minit ke-41.

Kekalahan Kedah itu sekali gus menepis komen pengendali KL City, Bojan Hodak yang sebelum ini menganggap penyerang Kedah, Ronald Ngah Wanja sebagai pemain berbahaya.

Menjengah ke ruangan komen penyokong Kedah, rata-ratanya meletakkan Ronald Ngah atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah sebagai harapan bagi pasukan tersebut.

Namun, harapan mereka hampa apabila menyaksikan pemain berusia 31 tahun itu kurang 'menyengat' ketika perlawanan pada Rabu, susulan kegagalannya untuk menjaringkan gol penalti.

Difahamkan, Ronald Ngah sudah pun membuat permohonan maaf berikutan kegagalan tersebut.

template - 2022-07-29T150344.325

Tangkap layar komen penyokong tentang persembahan Ronald Ngah pada Rabu.

Kesal dengan perkara itu, Tamizi Mizi menggesa pasukan Kedah supaya tidak memilih Ronald Ngah untuk menjaringkan gol penalti pada perlawanan seterusnya.

"Dah banyak kali dia gagal penalti. Awat takdak player (pemain) lain ka yang boleh ambil penalti. Aduh," katanya.

Turut berpendapat sama, Hasrul Hisham menulis: "Cara ni sampai habis musim la dok ulang minta maaf. Langsung tak ada seni sebagai penyerang prolifik. Barangkali Liga Jordan dok main dengan budak-budak prasekolah kot. Patutlah boleh jaring banyak."

Biarlah Rahsia berkata, para penyokong tidak kisah mana-mana pemain yang boleh skorkan gol, namun apa yang lebih penting mereka mampu menghasilkan jaringan dan membantu Kedah untuk menang.

"Kalau rasa tak confident (yakin) jangan ambil penalti tapi bagi orang yang confident. Rugi banyak kali dah tiap dapat penalti bola naik ke bulan," sindirnya.

Aziz Azizi berkata: "Itulah, hang jangan duk buat kelam kabut sangat nak sepak bola penalti tu. Jangan duk semak noh, lain kali ingat tu orang lain pun ramai lagi nak sepak bola,"

Sementara itu, ada penyokong berpendapat supaya penjaring penalti dalam perlawanan seterusnya ditukarkan kepada pemain import lain, selain Ronald Ngah.

template - 2022-07-29T153258.385

Dari kiri, Al Mardi, Sanrawat dan Marcel yang disarankan mampu menjaringkan gol penalti pada perlawanan seterusnya.

Antara nama yang disebut-sebut temasuk dua tonggak baharu pasukan itu, Mahmoud Al Mardi; pemain Thailand atau lebih dikenali sebagai Mat Siam, Sanrawat Dechmitr; serta pemain tengah, Dechi Marcel.

Tiga pemain ini dilabel sebagai 3M iaitu Mardi, Mat Siam dan Marcel, dan kesemuanya baru berhjirah masuk ke Kedah pada musim ini.

Mohd Hafizi T-ken berkata: "Penalti bagi Mardi la. Dua kali dah hang gagal penalti. Kalau Kedah dah menang 40-0 tak apa la hang nak ambil pun."

Tulis Apit Ya'acob: "Penalti bagi Mardi atau Mat Siam la. Peratus nak gol tu tinggi kalau bagi depa tu aku rasa."

Tambah SNizam Nfe: "Pada aku dia okay ja.Mardi okay, Mat Siam okay, Marcel okay. Cuma tak tahu la apa tak kena dengan team season ni."

Kedah kini berada di belakang KL City dengan menduduki tangga kelima dalam Liga Super, menerusi lima kemenangan daripada 12 perlawanan, selain mengumpul 17 mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram