KL City dapat 'tonik', tapi Bojan Hodak waspada 3 pemain berbahaya Kedah FC


  • Podium
  • Rabu, 27 Jul 2022

Antara persiapan terakhir pemain KL City FC sebelum menentang Kedah pada Rabu. — Facebook/KL City FC

PERLAWANAN antara skuad Kuala Lumpur City (KL City) FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC dijangka bakal memenuhkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

KL City yang juga juara Piala Malaysia 2021 sudah pasti tidak mahu berputih mata di laman sendiri.

Apatah lagi Kedah ketika ini berada di tangga keempat dalam Liga Super, menerusi lima kemenangan daripada 11 perlawanan, sekali gus mengumpul 17 mata.

Meskipun KL City berada di tangga kelapan, Kedah juga tidak boleh memandang rendah kerana KL City hanya ketinggalan dua mata, selain memperoleh empat kemenangan daripada 12 perlawanan.

(BRIEF CAPTION) New FAP CEO Bojan Hodak talking during press conference at FAP office in Sepoy Lane,Penang. Star pic by: ZHAFARAN NASIB/ 25 May 2016.

Bojan mengharapkan Jordan dan Romel jadi aset berbahaya dalam perlawanan menentang Kedah.

Bercakap mengenai perlawanan itu, Bojan Hodak berkata, KL City kini sudah bersedia namun mempunyai sedikit masalah berhubung kecederaan pemain.

Ketua Jurulatih KL City itu berkata, Jordan Mintah dan Romel Morales jatuh sakit pada minggu lalu, namun kedua-dua penyerang itu sudah beransur pulih.

Beliau mengharapkan kedua-duanya boleh jadi 'aset berbahaya' dalam perlawanan tersebut.

"Kapten Paulo Josue juga sudah kembali dan beri petanda baik untuk kami," katanya kepada Majoriti.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekurangan pemain juga merupakan masalah yang dihadapi oleh KL City, selepas pemain tengah, Zhafri Yahya memperoleh kad kuning, manakala Kenny Pallraj digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun, disebabkan perlawanan itu bertempat di laman sendiri, Bojan berharap agar skuadnya memberi persembahan terbaik untuk memperoleh keputusan positif.

"Kami juga akan menampilkan Hadin Azman, yang mana dia kembali selepas penggantungan tiga kad kuning.

"Jadi, saya mengharapkan banyak daripadanya kerana dia adalah bekas pemain Kedah dan akan bermotivasi menentang bekas pasukannya.

"Selain itu, kami banyak meningkatkan bahagian pertahanan dalam beberapa perlawanan terakhir, tetapi masalah kami adalah penyudah. Oleh itu, saya harap kita akan dapat keputusan lebih baik," tambahnya.

template - 2022-07-27T173859.997

Al-Mardi (kiri) dan Ronald Ngah (kanan) antara pemain Kedah berbahaya, yang mendapat perhatian Bojan. — Facebook/ KDA FC

Ketika ditanya tentang pemain Kedah yang mendapat perhatiannya, Bojan berkata, pasukan itu mempunyai dua penyerang terbaik iaitu Ronald Ngah Wanja dan pemain baharu, Mahmoud Al-Mardi.

Katanya, kedua-dua pemain itu disifatkan sangat bahaya dan boleh skor gol dari mana-mana posisi.

"Tetapi, kita juga perlu berhati-hati dengan Fayadh Zulkifli yang akan jadi berbahaya jika kita memberinya ruang kosong," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram