Gustard dicap berbahaya, tapi Bojan tetap positif mampu saingi Jang Hobin


  • Podium
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Pemain Negeri Sembilan, Matheus Alves (kiri) mengawal bola daripada pemain KL City FC, Declan Lambert dalam perlawanan pada April lalu. — Bernama

PERLAWANAN menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) sudah tentu memberi cabaran besar buat Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam aksi Liga Super pada Khamis.

Apatah lagi, Negeri Sembilan kini berada di tangga ketiga dengan mengumpul 32 mata, memperoleh sembilan kemenangan daripada 16 perlawanan.

Manakala, KL City pula ketinggalan apabila berada di tangga ketujuh dengan mengumpul 18 mata, memperoleh lima kemenangan daripada 14 perlawanan.

Bagaimanapun, kita tidak boleh memandang rendah akan kebolehan KL City kerana keputusan perlawanan boleh berubah sebelum wisel penamat dibunyikan.

I mean business: New KL coach Bojan Hodak will expect nothing but the best from his players in training.

Bojan berkata, pasukannya akan menggunakan taktikal berbeza bagi setiap perlawanan yang berbeza.

Mengulas mengenai persediaan perlawanan pada Khamis, pengendali KL City, Bojan Hodak berkata, semuanya berjalan lancar, manakala barisan pemain berada dalam keadaan baik meskipun keletihan.

Namun, katanya, hanya pemain tengah, Kenny Pallraj yang tidak dapat membuat penampilan selepas mengalami kecederaan.

Katanya, pasukan itu akan menggunakan taktikal berbeza bagi setiap perlawanan.

Tambahan pula, beliau mengakui Negeri Sembilan merupakan pasukan yang agak kuat selepas memenangi empat perlawanan berturut-turut.

"Oleh itu, bahagian pertahanan KL City mungkin perlu bekerja keras bagi mengekang asakan dari penyerang pasukan lawan," katanya kepada Majoriti.

Setakat ini, Mark Goulan dan Gustard Almeida merupakan pemain Negeri Sembilan yang berjaya menyumbang gol terbanyak, dengan masing-masing enam jaringan.

Justeru, kata Bojan, Gustard adalah antara penyerang yang dianggap berbahaya menyebabkan pihaknya perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

"Pada masa sama, Negeri Sembilan juga mempunyai beberapa penyerang lain yang perlu diambil perhatian," katanya.

Kali terakhir KL City menentang Negeri Sembilan adalah pada 24 April lalu, dengan kekalahan 1-2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram