MEMILIKI stadium baharu yang mempunyai fasiliti serba lengkap dilihat sebagai sebuah keperluan asas yang mampu memastikan semua pembangunan bola sepak dan kualiti dapat diterapkan secara profesional.
Ambil contoh kejayaan Johor Darul Takzim (JDT) mempunyai fasiliti lengkap sehingga mampu berjaya menjuarai liga Super sebanyak 8 kali.
Bukan itu sahaja, kejayaan pasukan JDT layak ke peringkat kalah mati liga juara-juara Asia (ACL) juga membanggakan peminat tempatan, bukan saja penyokong JDT.
Malah bintang baharu JDT, Jordi Amat menegaskan pilihannya menyertai kelab terbabit adalah kerana fasiliti dan kemudahan moden yang tidak terdapat di mana-mana kelab sebelum ini termasuk di Eropah Jun lalu.
Stadium Sultan Ibrahim milik JDT adalah yang terbaik di negara ini dengan kemudahan latihan dan stadium bertaraf dunia — Facebook
Sebelum ini tular satu gambar stadium rekaan seorang arkitek yang menunjukkan yang lengkap dengan pelbagai fasiliti yang dimuat naik TBG Super Fan melalui halaman Facebooknya menjadi bualan penyokong skuad The Bos Gaurus.
"Padang dan stadium yang menjana pendapatan dan mempunyai fasiliti lengkap memastikan semua pembangunan dan kualiti bola sepak dapat diterapkan secara profesional.
"Bila kita mengatakan kualiti padang itu penting ramai akan bersetuju dan mungkin ada yang tidak bersetuju.
"Dan perlu diingatkan tanggungjawab ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri kerana prasarana yang ada tidak boleh dijadikan hanya untuk satu pasukan bola sepak.
"Era bola sepak profesional perlu ada keperluan asas walaupun tidak mudah untuk mencapainya tapi memerlukan dedikasi dan kerja keras serta memahat impian ini sebagai visi yg perlu dicapai," tulisnya.
Berikutan gambar tular tu, ramai penyokong Perak memasang angan-angan mahu ada stadium sedemikian jika pihak XOX Berhad selaku pemilik berkemampuan merealisasikan pembinaan stadium itu.
Penyokong pasukan Perak FC, Mohd Faiz Hakimi juga bersetuju yang mana kualiti padang yang bagus dapat meningkatkan mutu permainan.
"Saya ada menonton perlawanan Perak FC di Universiti Teknologi MARA (UiTM) baru-baru ini.
"Kuali padangnya sangat bagus dan hasilnya Perak FC dapat menjaringkan 1 gol pada separuh masa kedua dan mampu bermain short pass yg menarik di minit akhir masa tambahan," katanya.
"Semoga suatu hari nnt Perak FC mampu membina stadium dan fasiliti sukan bertaraf dunia sendiri. Amin," tulis Mohd Farhan Paan.
Fasiliti membabitkan padang dan kemudahan sudah tersedia di sebuah pasukan memberikan pengalaman baharu kepada pemain untuk menimba lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bola sepak.
Dari segi infrastruktur bola sepak, Stadium Sultan Ibrahim milik JDT adalah yang terbaik di negara ini dengan kemudahan latihan dan stadium bertaraf dunia.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram