Pujukan orang ramai selamat nyawa lelaki cuba terjun jambatan


  • Tular
  • Isnin, 25 Jul 2022

Tangkap layar kejadian cubaan membunuh diri dengan terjun daripada sebuah jambatan di Johor Bahru.

SEORANG lelaki berjaya diselamatkan orang awam daripada cubaan terjun daripada sebuah jambatan.

Dalam satu video tular yang dimuat naik Fadh Channel.com itu memaparkan mangsa sempat ditarik naik ke atas jambatan oleh orang awam.

Turut kedengaran beberapa individu cuba memujuk mangsa untuk tidak melakukan perkara tersebut.

"Jangan, jangan macam ini. Kau jangan nak bunuh diri.

"Relaks bang, relaks. Semua masalah boleh selesai, insya-ALLAH," katanya.

Rakaman kejadian yang dipercayai berlaku di Johor Bahru itu ditonton lebih 20,000 kali dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

"Ujian dari ALLAH, dik. Semua ujian ini akan berlalu kerana tidak ada yang kekal di dunia ini kecuali ALLAH,"

"Minta tolong kepada ALLAH untuk selesaikan masalah atau kesakitanmu kerana ALLAH itu Maha Besar, lebih besar daripada masalah kamu," kata Mata Hati.

Bersimpati dengan keadaan lelaki tersebut, Mohd Akhtar meminta orang ramai untuk tidak menghukum atau menyalahkan mangsa.

"Depresi bukan perkara main-main.

"Semangat dah hilang untuk hidup. Dia perlu bimbingan dan ada orang ambil berat.

"Jangan menghukum mangsa dengan menuduh mangsa tidak ada agama sebab kita tidak berada di tempat dia," nasihatnya pada warganet.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu.

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499) — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram