HASSAN Sazali Waras perlu serasi dengan jurulatih Kim Pan-gon terlebih dahulu sekiranya terpilih ketua jurulatih skuad Harimau Muda.
Pemerhati Sukan, Zainal Abidin Rawop berkata, untuk mendapatkan keserasian, ia bermula daripada semua peringkat sampailah ke tahap yang tertinggi.
"Maksudnya sekarang ini, kita dah tengok dalam tempoh 20 tahun, 30 tahun duduk satu rumah, tidur satu katil berkongsi satu bantal tetapi misi yang berbeza.
"Pemain-pemain muda sepatutnya dibekalkan dan disuntik dengan falsafah bola sepak yang sama dengan pasukan bola sepak senior.
"Sebabnya, masing-masing ada misi peribadi yang tidak mahu dikongsikan bersama," katanya dalam satu wawancara bersama Zayan FM.
Zainal berkata, untuk mendapatkan keserasian bermula daripada semua peringkat sampailah ke tahap yang tertinggi sekali. — Astro Awani
Ulas Zainal lagi, tidak terlewat untuk memperbetulkan keadaan jika mengambil DNA atau menerapkan falsafah yang sama pada pasukan Bawah 19 Tahun (B-19) dan skuad Harimau Muda.
"Aspek ini penting kerana apabila mereka dah masuk ke skuad senior, mereka tidak goyah dan terkeliru," jelasnya.
Kelebihan lain apabila skuad Harimau Muda menerapkan falsafah yang sama dengan pasukan kebangsaan adalah bintang muda itu boleh menjadi pemain gantian apabila barisan senior menghadapi sebarang kecederaan.
Lagi-lagi sekarang pasukan kebangsaan dalam persediaan menghadapi kejuaraan Piala Asia 2023 dan dalam menyiapkan diri pasti akan berlaku kecederaan jangka panjang terhadap pemain.
Tetapi dalam tempoh yang terdekat juga nak menumpukan kepada pusingan akhir tahun 2024 mungkin akan berlaku kecederaan jangka panjang dan pretasi yang merosot.
Terdahulu, Hassan dikhabarkan menjadi individu yang berpotensi untuk menggantikan tempat Brad Maloney sebagai pengendali skuad Harimau Muda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram