KEKALAHAN Sri Pahang 1-3 di tangan Selangor FC membuka peluang kepada skuad Gergasi Merah itu untuk melakar kemenangan kedua Liga Super musim ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MB, Petaling Jaya, Selangor, pada malam Jumaat, Herlison Caion berjaya meledak gol pada minit ke-32, diikuti Henrique Hyuri pada minit ke-52.
Sementara itu, Sri Pahang berusaha untuk bangkit dan berjaya merapatkan jurang dengan gol ledakan Muhamad Nor Azam Abdul Azih pada minit ke-62.
Ketika skuad Tok Gajah ghairah memburu gol penyamaan, Selangor mendapatkan gol ketiga menerusi ledakan pemain antarabangsa Jordan, Yazan Al-Arab pada minit ke-75.
Kemenangan Selangor itu bukan sahaja menghampakan Sri Pahang, malah rata-rata penyokong juga kecewa dengan corak permainan Tok Gajah itu.
Tambahan pula, mereka menganggap hanya Azam Azih yang berhempas pulas untuk mempertahankan kemenangan buat skuad, sementara pemain lain yang kebanyakannya import yang sepatutnya menjadi harapan dilihat tidak bermain bersungguh-sungguh.
Simpati dengan perkara itu, Nazarul Solehan menyifatkan hanya Azam Azih yang bersemangat namun pemain lain bermain secara hambar.
"Mati dia nak harap ke dia (Azam Azih) seorang. Hak lain main sebab nok ke duit je. Semangat langsung tiada," katanya.
Turut berpendapat sama, Jamil Ismail berkata, Azam Azih tidak mendapat bantuan dari semua pemain import yang tiada kualiti ketika perlawanan itu.
"Saya simpati. Pengurusan tak nampak lagi ke. Kalau tak, Liga Perdana lah tahun depan," katanya.
Sementara itu, Mohd Faez Seferagic menggesa Azam Azih supaya berpindah ke pasukan lain pada musim depan kerana pasukannya ketika ini dilihat tidak mempunyai misi dan visi.
"Rugi bayar gaji kalau import setara tu. Dah berapa season beli import cap ayam," katanya.
Antara komen netizen yang ada antaranya bersimpati dengan Azam Azih.
Pada masa sama, Perantau Sepi turut mendesak Azam Azih supaya berhijrah ke pasukan lain.
"Kena scam je. Kesian tengok dok main berhempas pulas, result macam tu je.
"Selagi ada Pablo selagi tu Pahang tak ke mana. Player bagus pergi buang, (tapi) ambil player macam baru main bola. Pedih nak telan," tambahnya.
Mohd Faez berkata: "Kecewa betul Azam Azih. Keluarlah cari pasukan lain tahun depan Azam. Cari pasukan yang betul-betul nak main bola. Zatara tu elok campak ke Sungai Pahang je,"
Mohd Farhan menulis: "Musim depan Azam dengan Hidalgo bolehlah cari club best sikit. Main power tapi duk kelab bawah je buat apa?" — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram