'Trucha Out!' Nama pengganti dikenal pasti


Penyerang Penang FC, Hilal El Helwe diasak pemain Sri Pahang. — Facebook

SELEPAS tiga perlawanan, akhirnya Sri Pahang bertemu kemenangan sulung selepas membenam Penang FC dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Penang FC tewas 1-3 dan kekalahan itu mendapat kritikan yang hebat daripada penyokong kelab bola sepak tersebut.

Melihat kepada corak perlawanan semalam, Penang FC dilihat lebih agresif menyerang tetapi Sri Pahang beraksi secara bertahan berjaya menjaringkan gol menerusi serangan balas.

Bahagian serangan Penang FC dilihat terlalu tumpul sehinggakan ramai yang mempertikai kemampuan penyerang import mereka, Hilal El Helwe.

Ternyata kekalahan yang dialami Penang FC begitu menyakitkan kerana sehingga kini, pasukan itu masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dan berada di tangga tercorot liga.

279072824_410659474220192_4819920486285106590_n

Kesebelasan utama pasukan Penang FC pada musim ini. — Facebook

Penang FC ketandusan pemain berkualiti

Melihat kepada aksi perlawanan, ternyata Penang FC tidak mempunyai pemain yang cukup berkualiti untuk beraksi di dalam liga super.

Perkara itu turut diperkatakan warganet, Masrul Zeryguez yang mempertikai tugas individu yang mengambil pemain pada musim kali ini.

"Kualiti pemain musim ini hanya boleh lawan tiga pasukan terbawah sahaja. Rata-rata pemain yang baru masuk adalah standard Liga Perdana atau Presiden," katanya.

Faiz Rodzi pula berkata, masalah utama yang dihadapi Penang FC adalah ketiadaan pemain yang berkualiti di bahagian sayap.

"Tiada pemain yang aktif dengan hantaran silang. Tahun lepas ada Al Hafiz, Amer Azahar yang memberi potensi kemenangan kepada pasukan.

"Tetapi tahun ini pemain yang menggantikan mereka tidak berfungsi dengan baik. Bahagian belakang pun tak berapa mantap bila bermain overlap.

"Tak faham dengan FAP ni. Pasukan dah power tahun lepas sepatutnya kekalkan atau upgrade. Tahun ini macam downgrade pula," katanya.

Tomas-Trucha-Manzoor-Azwira-Penang-FC-2021

Manzoor Azwira (kiri) sempat mengemudi Penang FC sebelum kehadiran Tomas Trucha.

Trucha Out! Manzoor In!

Selain daripada barisan pemain yang longlai berbanding musim sebelumnya, penyokong Penang FC juga nampaknya mendesak supaya Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha disingkirkan.

Malah, ruangan komen di akaun Facebook rasmi Penang FC juga dipenuhi dengan tanda pagar #Truchaout.

Seorang penyokong, Jaka Sembong berkata, taktikal yang digunakan Trucha makin teruk dan seseorang perlu bertanggungjawab terhadap keputusan dan kedudukan pasukan sekarang ini.

"Pengurusan Penang FC minta rehatkan Trucha serta merta. Minta Manzoor ambil alih," kata Muhammad Fauzi.

Seorang lagi penyokong, Sazdevo Hariaa juga bersetuju jika Manzoor dipilih menjadi jurulatih dan lakukan rombakan semula pemain untuk memilih yng berkualiti dan bersemangat.

"Trucha kalau komen juga pemain tahun ini tiada kualiti, elok letak jawatanlah. Masih guna taktikal yang sama, pemain yang sama untuk kesebelasan utama," kata Dhil Kcl. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram