'Tak perform? Potong saja gaji pemain, jurulatih'


Aksi Penang FC masih goyah sejak di awal musim hingga berada di tangga tercorot liga.

TIADA sebarang kemenangan sebaliknya hanya mencatatkan seri dan kekal dengan rekod kalah hingga berada di tangga tercorot dalam Liga Super musim ini.

Ternyata, prestasti terumbang-ambing Penang FC pada musim ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan penyokong Harimau Kumbang.

Seorang warganet, Mohammad Roshidi Abd Malik berkata, Penang FC perlu membuat sesuatu yang membanggakan bukan buat penyokong sahaja, tetapi juga untuk penyokong muda yang akan datang.

"Kami penyokong amat berasa bimbang dengan prestasi semasa pasukan," kata Suhairi As'ari.

279079653_410660634220076_4695801796137793715_n

Sebahagian daripada penyokong yang sentiasa menyokong Penang FC.

Sampai bila nak struggle

Sebalik sokongan yang diberikan kepada Penang FC, terdapat juga penyokong yang mahukan perubahan dilakukan oleh Penang FC.

Malah, mereka juga melihat yang prestasi pasukan pada tahun ini jauh lebih teruk berbanding tahun lalu.

"Prestasi Penang FC menurun. Tak macam tahun lepas. Tahun ini agak struggle. Harap pengurusan dapat perbaiki segala kelemahan," kata Eriez Man.

Syazrin Abd Rahman pula berkata, sudah tujuh musim dia mendengar keluhan penyokong dan sudah tiba masanya untuk Penang FC memberi fokus kepada permainan.

"Asyik-asyik nak dengar keluhan segelintir penyokong sampai berterabur semua kena build up balik," katanya.

278975231_410659437553529_9173143919403262903_n (1)

Aksi bertemu Sri Pahang FC yang menyaksikan Penang FC tewas 1-3.

Potong gaji, pastikan pemain ada jiwa

Dalam pada itu, ada juga penyokong Penang FC yang mencadangkan idea untuk memastikan pasukan itu terus dapat bersaing untuk merebut tangga atas dalam liga.

Antara yang diutarakan penyokong adalah untuk memotong gaji pemain atau jurulatih sekiranya mereka tidak dapat memberikan apa yang kelab mahukan.

"Jika pemain atau jurulatih tak perform seperti yang dimahukan kelab, potong jumlah peratus bayaran mereka mengikut perlawaan yang seri atau kalah," kata See Rul Amrih.

Muhammad Hafis Abu Hassan pula berkata, jiwa untuk beraksi demi pasukan perlu ada dalam diri pemain ataupun jurulatih.

Thomas-Trucha-Piala-Malaysia-2021-mengujakan-2022-e1636615693843

Penyokong Penang FC mula mahu Tomas Trucha digantikan dengan jurulatih lain.

"Harap pihak pengurusan fikir yang terbaik. Jangan ada rasis atau kroni dalam pasukan," katanya.

Sejak awal musim sehingga kini, pelbagai keluhan dan luahan telah dibuat penyokong Penang FC apatah lagi sehingga kini, belum ada sebarang kemenangan dicatatkan kelab tersebut.

Malah, sejak beberapa minggu lalu juga, penyokong telah meminta supaya pengendali Penang FC, Tomas Trucha digantikan dengan ketua jurulatih baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram