Suai padan sederhana jadi kunci gaya, antara 'thrift store', jenama lokal dan label Indonesia


  • Gaya
  • Selasa, 25 Nov 2025

Empat wanita mencuri tumpuan dengan penampilan yang anggun dan bergaya dalam satu acara fesyen yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

MENGHADIRI acara fesyen, pastinya setiap tetamu ingin tampak cantik dan menawan, tidak kira sama ada bergaya secara bersederhana (modest) mahupun glamor.

Baru-baru ini, empat wanita mencuri tumpuan dengan penampilan anggun dan bergaya dalam satu acara fesyen yang berlangsung di ibu kota.

Menonjolkan gaya bersederhana, masing-masing tampil dengan sentuhan unik pada penampilan mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Rona putih, beige, hitam kekal relevan, 4 wanita kongsi stail #OOTD di KLCC

BACA LAGI: Wanita muda berani bereksperimen, konsep 'layering', corak dominasi trend 'modest fashion'

Kesemua gaya yang dipamerkan mencerminkan fesyen bersederhana yang versatil, dengan masing-masing mengekspresikan personaliti melalui pemilihan pakaian, aksesori dan kasut.

Menyifatkan outfit pilihannya sebagai gabungan sopan dan bergaya, Dyana Jay, 28, mengenakan hijab daripada Nealofar, manakala pakaiannya daripada jenama fesyen muslimah dari Indonesia, Benang Jarum.

Sementara itu, Nina Amin tampil sepenuhnya dengan busana daripada pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Menariknya, wanita berusia 29 tahun itu memilih untuk tidak membawa beg tangan, sebaliknya menyimpan barang peribadi di dalam pakaian bagi memberi rasa bebas dan selesa sepanjang acara.

Tidak kurang juga yang hadir mempamerkan gabungan fesyen baharu dan barangan terpilih daripada kedai barangan terpakai (thrift store), sekali gus menonjolkan kreativiti dalam bergaya.

Antara pilihan mereka termasuk kasut tumit tinggi yang elegan dan beg tangan unik, menunjukkan bagaimana fesyen boleh kekal sustainable tanpa mengorbankan gaya.

Pendekatan itu bukan sahaja praktikal, malah menambah sentuhan personaliti dan kreativiti kepada setiap penampilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram