[VIDEO] Rona putih, beige, hitam kekal relevan, 4 wanita kongsi stail #OOTD di KLCC


  • Gaya
  • Rabu, 16 Jul 2025

Mereka tampil bergaya mengikut cita rasa sendiri dengan rona yang dianggap warna selamat.

EMPAT wanita tampil dengan gaya tersendiri dalam perkongsian #OOTD (outfit of the day) bersama Majoriti baru-baru ini yang mempamerkan cita rasa fesyen berbez, namun sedap mata memandang.

Ia dikongsi ketika menghadiri sebuah majlis fesyen yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menariknya, kesemua mereka tampil memilih rona hampir serupa iaitu putih, beige dan hitam yang sering dianggap warna selamat, versati dan kekal elegan sepanjang masa.

BACA LAGI: Gillian dedah bergelut masalah 'body dysmorphia', ketahui tanda-tanda gangguan mental ini, terlampau risau kekurangan fizikal

BACA LAGI: Rizman Ruzaini rai 20 tahun lancar butik baharu 3 tingkat, jalin kerjasama, perluas pengaruh serantau

Gaya minimalis menjadi pilihan utama, sekali gus mencerminkan pendekatan praktikal, tetapi tetap bergaya dalam kehidupan seharian.

Ada yang memilih potongan longgar dan bersahaja, manakala yang lain pula menyelitkan elemen moden seperti kaca mata hitam.

Menambah keunikan, salah seorang daripada mereka menggayakan helaian yang dipinjam dari almari kakaknya, namun masih mengekalkan gaya peribadinya.

Rata-rata daripada mereka turut memilih jenama terkenal, H&M bagi melengkapkan penampilan mereka.

Akses mudah dan harganya yang berpatutan menjadikan jenama tersebut antara pilihan utama penggemar fesyen yang mahu tampil bergaya tanpa perlu berbelanja besar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram