Rakam potret guna kamera tahun 1880 cara Pevita Pearce, suami abadikan ulang tahun pertama


  • Cinta
  • Selasa, 25 Nov 2025

Pasangan tersebut memilih untuk merakam potret menggunakan kamera berusia 140 tahun sebagai simbol ulang tahun pertama perkahwinan mereka. — Instagram/@pevpearce

PELBAGAI cara digunakan pasangan untuk mengabadikan detik bermakna dalam perkahwinan mereka.

Ada yang memilih sesi fotografi moden dengan konsep terkini, ada pula yang meraikannya secara ringkas bersama keluarga terdekat.

Bagi pelakon dan model Indonesia, Pevita Pearce serta suaminya, Mirzan Meer, mereka memilih pendekatan berbeza dengan merakam potret ulang tahun perkahwinan menggunakan kamera antik berusia lebih 140 tahun.

BACA LAGI: Shahida sayu hati lihat Aliff Syukri tertidur di celahan produk, setia susah senang bersama suami bina jenama

BACA LAGI: Dek tegur aurat kakak ipar wanita ditampar tunang, terkilan tiada batas pergaulan keluarga bakal mentua

Menerusi satu hantaran di Instagramnya pada Isnin, pasangan itu berkongsi proses penggambaran menggunakan kamera studio era 1880 yang menghasilkan imej potret bergaya klasik.

Pevita dalam ruangan kapsyen meluahkan keterujaannya menantikan hasil akhir potret tersebut.

"Sesi fotografi ulang tahun menggunakan kamera dari tahun 1880. Tidak sabar mahu melihat hasilnya," tulis bintang utama filem Tenggelamnya Kapal Van Der Jick (2013) itu.

Pada sesi tersebut, Pevita tampil dalam persalinan kebaya putih dipadankan kain batik bermotif floral rona hijau, lengkap dengan sanggul lintang dan dokoh, menjadikan penampilannya persis wanita era awal abad ke-20.

Selain itu, beliau turut menggayakan kebaya berwarna hitam dengan perhiasan tradisional rona emas bagi menambah sentuhan elegan dan klasik pada sesi potret tersebut.

Sementara suaminya yang merupakan anak kepada pemilik jenama barang kemas Habib, Datuk Seri Meer Sadik, mengenakan baju Melayu ungu bersama samping biru bermotif floral serta songkok, sekali gus menambah aura tradisional yang sepadan dengan konsep potret klasik itu.

Untuk info, pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 20 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kuala Lumpur.

Acara akad nikah dan resepsi diadakan dengan kehadiran keluarga serta sahabat terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram