
REKREASI stargazing atau dalam bahasa mudah difahami ialah minat memerhati pesona bulan dan bintang kini menjadi trend dalam kalangan masyarakat.
Memerhati bulan dan bintang dengan ditemani bunyi unggas begitu mendamaikan buat mereka yang ingin lari daripada hiruk-pikuk kesibukan kota.
Berikut adalah empat lokasi yang kami sarankan untuk anda lawati;
BACA LAGI: [VIDEO] Pameran rumah dengan dekorasi perabot gaya minimalis
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat.
1. Air Terjun Sungai Lepoh
Air Terjun Sungai Lepoh di daerah Hulu Langat berdekatan Kampung Pangsoon, nama lain bagi sungai tersebut adalah Sungai Lopo atau Sungai Lepok.
Sebelum menikmati stargazing anda boleh bermandi-manda sambil barbeku sambil menikmati keindahan flora dan fauna dari pelbagai spesies hutan tropikal.
Namun, trek atau perjalanan menuju ke air terjun in agak mencabar pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai.
Sky Mirror, Kuala Selangor.
2. Sky Mirror
Jangan disangka tiada tasik cermin di Selangor! Sky Mirror terletak di daerah Kuala Selangor itu semakain mendapat perhatian dan dikunjungi ramai.
Fenomena semula jadi itu dikatakan seperti di Salar de Uyuni, Bolivia yang merupakan dataran garam terbesar di dunia dan menghasilkan pantulan yang menakjubkan seterusnya digelar ‘Salar de Uyuni’ Malaysia.
Akan tetapi, keindahan tasik tersebut bukannya boleh dinikmati setiap masa, hanya pada tarikh dan waktu tertentu sahaja.
Untuk hadir spot tasik cermin itu, pengunjung perlu menaiki bot yang memakan masa lebih kurang 30 minit jadi jeti Sky Mirror.
Jadi kepada geng-geng OOTD, bersiaplah dengan cantik dan kacak untuk bergambar di kawasan tersebut.
Empangan Sungai Selangor, Kuala Lubu.
3. Empangan Sungai Selangor
Aktiviti stargazing menggunakan teleskop dan teropong kini mula menjadi trend dan Empangan Sungai Selangor merupakan antara lokasi terbaik untuk berbuat demikian.
Lokasi untuk aktiviti ini terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kuala Kubu. Aktiviti stargazing boleh dimulakan seawal matahari terbenam dengan memulakan penggambaran siluet hingga ke tengah malam.
Pantai Kelanang, Kuala Langat.
4. Pantai Kelanang
Pantai Kelanang terletak di daerah Kuala Langat mengambil masa kira-kira 20 minit dari Pekan Banting.
Mungkin kerana lokasinya yang agak jauh ke kawasan pedalaman, ramai di antara kita yang tidak sanggup untuk meredah perjalanan, namun ia menjadi satu bonus buat mereka yang berjaya hadirkan diri ke sana. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram