
FASA anak-anak mebersar merupakan tahap yang sukar dijangka dan menjadi cabaran ibu bapa untuk membentuk, mendisiplin dan berkelakuan baik.
Anak degil dan sukar mendengar kata menjadi perkara biasa bagi kebanyakan ibu bapa memahami karakter anak kecil yang sedang membesar.
Namun, setiap perihal yang berlaku pasti ada jalan penyelesaian menerusi didikan ideal.
BACA LAGI: [VIDEO] Obsesi Harry Potter buatkan Tun sanggup ubah suai bilik seakan sekolah Hogwarts
Anak-anak bukan tidak mendengar tapi mereka belum dapat memproses dengan baik.
Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Facebook, Nurul Sheriena Musa berkata, anak-anak bukan tidak mendengar tapi mereka belum dapat memproses dengan baik.
Beliau yang merupakan Perunding Perkembangan Kanak-kanak turut mengakui kadang-kadang beliau sendiri geram apabila anaknya yang tidak mendengar kata.
“Kadang-kadang saya juga boleh jadi ‘hijau’ bila kena ulang cakap benda yang sama. Jadi macam mana nak anak jadi pendengar baik?” soalnya.
Nurul Sheriena berkongsi tiga cara bantu membentuk anak-anak supaya menjadi pendengar yang baik.
Pertama ketika memanggil mereka, amalkan untuk tunggu respons. Laksanakan eye contact tanpa perlu panggil anak berulang kali dengan paksaan.
Jika anda kesan ada masalah di situ, disarankan membuat pemeriksaan bersama pakar kanak-kanak.
“Selepas itu, apbila nak bercakap turun ke paras mata anak. Ini kerana kita tak mahu nampak dominan dan besar di mata anak,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Kurangkan ayat berbentuk arahan dan olah penggunaan ayat yang lebih mesar pada anak.
Kemudian, kurangkan ayat berbentuk arahan pada anak seperti “Basuh baju!, cuci tangan dulu!, cepat sikit!"
Ubah dan olah cara komunikasi dengan mereka sambil menggunakan ayat penyata yang lebih mesra emosi.
“Anak-anak susah nak proses arahan banyak sangat terutamanya kalau mereka di bawah usia 4 tahun.
“Ingat, anak kita boleh saja dengar arahan jika tiada masalah perkembangan, cuma kitalah yang kena tahu gaya nak cakap dengan anak. Mereka bukan degil cuma otak belum bersedia 'nak' dan 'ikut',” jelasnya.
Merujuk kepada satu kaedah yang dinyatakan oleh salafus soleh (golongan ulama yang hidup semasa zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 Hijrah), menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, didikan anak perlu mengikut fasa masing-masing.
Katanya, bermainlah dengan mereka selama tujuh tahun yang pertama, didiklah mereka pada tujuh tahun yang kedua, dan bersahabatlah dengan mereka pada tujuh tahun yang ketiga. Kemudian tinggalkan bagi mereka tali pada puncak bukit.
Hal berkenaan menunjukkan betapa anak-anak perlu diberi bentuk pendidikan mengikut marhalah masing-masing setrusnya mampu menggalas dan memikul tanggungjawab untuk mengetuai keluarga pada masa seterusnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram