PULAU Pinang diiktiraf sebagai antara destinasi terbaik untuk dilawati tahun ini oleh CNN Travel, bersama 20 destinasi lain di seluruh dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Wong Hon Wai, menerusi satu hantaran di media sosial, memuji Pulau Pinang atas pencapaian tersebut.
Antara destinasi lain yang tersenarai ialah Adelaide, Algeria, Arusha di Tanzania, Aragon di Sepanyol, Bahrain, Brussels, the Chilean fjords, Devon dan Dominica.
BACA LAGI: Video AI bantu 'convert sales', kini jadi strategi pemasaran 'affiliate' peniaga online
BACA LAGI: Ada gerai kosong, peniaga hantu', DBKL perlu 'reset' pusat penjaja di Kepong, Desa Tun Razak

Pulau Pinang terkenal dengan seni bina kolonial dan seni jalanan yang meriah termasuk kepelbagaian makanan yang unik. — Gambar hiasan
Selain itu ialah Timor-Leste, Jamaica, Kanazawa, Lembah Orkhon di Mongolia, Oulu di Finland, Peñico di Peru, Philadelphia, Sail250, Santa Monica, serta St. Pierre dan Miquelon di Perancis.
Pulau Pinang juga sebelum ini tersenarai dalam 52 destinasi untuk dilawati oleh The New York Times.
Penang Global Tourism, iaitu lembaga pelancongan negeri, dalam satu hantaran di media sosial memaklumkan, “Pulau Pinang merupakan satu-satunya destinasi di Malaysia yang tersenarai dalam senarai berkenaan,” — The Star/ IMRAH HILMY
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
