Video AI bantu 'convert sales', kini jadi strategi pemasaran 'affiliate' peniaga online


  • Bisnes
  • Selasa, 06 Jan 2026

Antara perkongsian peniaga yang menggunakan video janaan AI untuk membuat pemasaran affiliate. — Threads / @nad.faa

PENGGUNAAN kecerdasan buatan (AI) semakin mendapat tempat dalam kalangan peniaga dalam talian, khususnya mereka yang terlibat dalam pemasaran affiliate, apabila video janaan AI dilihat mampu membantu meningkatkan semula jualan yang merosot.

Di platform Threads, ramai peniaga berkongsi pengalaman mereka meneroka teknologi AI bagi menghasilkan kandungan promosi, termasuk dalam kategori barangan rumah dan fesyen.

Rata-rata mengakui pendekatan tersebut lebih mudah, pantas dan tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi.

BACA LAGI: 'Ada gerai kosong, peniaga hantu', DBKL perlu 'reset' pusat penjaja di Kepong, Desa Tun Razak

BACA LAGI: Era berniaga sebulan, untung setahun dah kurang relevan, peniaga kena tukar strategi bisnes bazar Ramadan

 

 

Seorang peniaga, @nad.faa, berkongsi menghasilkan video promosi menggunakan AI sepenuhnya tanpa rakaman manual.

Menurutnya, jualannya mengalami penurunan sejak Ogos lalu sebelum mencuba pendekatan baharu dengan menukar niche.

“Dah lama jualan saya drop sejak bulan Ogos. Saja cuba tukar niche fesyen, cari yang komisyen tinggi. Tak sangka terus naik sales.

"Tapi jumlah jualan sekarang masih belum mampu menyaingi rekod macam sebelum ni. Tak apa, kita perlahan-lahan naik balik macam dulu,” kongsinya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian peniaga lain di Threads yang mengalami situasi sama.

Seorang lagi pengguna, @ainzatulfeezra, mendedahkan bahawa satu video AI yang dimuat naik berjaya menukar kepada lima jualan dalam tempoh singkat.

Post semalam sudah convert lima jualan. Hanya video AI. Penangan AI memang tak boleh dijangka.

"Saya guna dua aplikasi saja, daripada gambar tukar ke video dan jadikan storyline,” jelasnya.

Sementara itu, peniaga lain, @wanda_ardie, menyifatkan penggunaan AI kini jauh lebih mudah berbanding sebelum ini, malah ada platform yang lebih mesra pengguna berbanding aplikasi lain seperti Gemini.

“Langkah dia senang. Masuk saja, pilih apa yang kita nak, lepas dapat gambar terus generate video. Ayat pun tulis ringkas je. Lepas tu create video dan muat turun. Memang senang,” katanya.

Trend tersebut menunjukkan bahawa teknologi AI bukan sahaja membantu menjimatkan masa dan kos penghasilan kandungan, malah membuka peluang baharu kepada peniaga kecil untuk kembali bersaing dalam pasaran digital yang semakin mencabar.

Dengan persaingan affiliate yang semakin sengit dan kos pemasaran yang meningkat, penggunaan AI dilihat sebagai satu alternatif strategik untuk mengekalkan momentum jualan.  — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram