
BAYI yang dilahirkan dengan masalah jantung mempunyai kemungkinan atau berisiko lebih tinggi menghidap kanser dalam tempoh 10 tahun pertama termasuk ibu yang melahirkan.
Menurut Dr. June Huh, hasil penyelidikan menekankan faktor ibu dan ciri genetik serta kefahaman berkemungkinan saling berkait.
“Kecacatan jantung adalah jenis kecacatan kelahiran paling biasa di Amerika Syarikat (AS).
BACA LAGI: [VIDEO] 'Doakan semoga rohnya tenang, dicucuri rahmat,' suami Kiah Propa meninggal dunia
“Di Amerika Utara, ia menjejaskan 12 daripada setiap 1,000 kelahiran hidup terkesan berdasarkan statistik American Heart Association (AHA).
"Ini termasuk kelainan struktur, seperti pembukaan antara bilik jantung dan ketiadaan bilik jantung atau injap,” katanya yang juga profesor kardiologi di Jabatan Pediatrik, Heart Vascular Stroke Institute, Sungkyunkwan University School of Medicine di Seoul, Korea.
Kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan jantung berrisiko 66 peratus lebih tinggi menghidap kanser dalam sedekad pertama.
Kemajuan perubatan membolehkan kanak-kanak yang mengalami kecacatan jantung hidup lebih lama daripada sebelumnya.
Namun beberapa penyelidikan mendapati kemungkinan berisiko lebih tinggi menghidap penyakit lain seperti kanser.
Dalam kajian diterbitkan dalam Jurnal AHA, Circulation, pangkalan data kesihatan daripada penganalisis menunjukkan lebih daripada 3.5 juta kelahiran hidup memiliki Perkhidmatan Insurans Kesihatan Nasional Korea antara 2005 dan 2019.
Mereka membuat pemantauan terhadap bayi yang baru dilahirkan dan ibu mereka selama tempoh median 10 tahun.
Secara keseluruhan, kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan jantung mempunyai risiko 66 peratus lebih tinggi menghidap kanser dalam sedekad pertama kehidupan.
Berbanding kelompok yang tidak mempunyai kecacatan jantung.
Risiko tersebut menjadi lebih dua kali ganda kerana melibatkan saluran darah atau injap jantung dan dua kali lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai kecacatan jantung kompleks.
Leukemia dan Limfoma Bukan Hodgkin (NHL) adalah jenis kanser paling biasa didiagnosis dalam kalangan kanak-kanak dengan atau tanpa kecacatan jantung termasuk kaum ibu.
Kecenderungan genetik ibu terhadap kanser boleh menyumbang kepada risiko kanser dan kecacatan jantung kongenital pada bayi baru lahir.
Bagaimanapun, penyelidik masih tidak memahami mekanisme yang mungkin menyebabkan faktor tersebut.
Ia mungkin disebabkan oleh kecenderungan genetik ibu terhadap kanser atau mutasi, yang menyumbang risiko kanser dan kecacatan jantung kongenital pada bayi baru lahir.
"Varian genetik diwarisi daripada ibu mungkin menyediakan persekitaran yang diperlukan untuk kanser berkembang dalam pesakit dengan kecacatan jantung kongenital.
"Saya menekankan kemungkinan laluan genetik yang sama punca kedua-dua keadaan ini berlaku," ujar Huh dalam satu kenyataan akhbar.
Pakar Kardiologi Pediatrik, Texas Children's Hospital Houston, AS, Dr. Keila N. Lopez meluahkan rasa terkejut dengan penemuan kajian yang berlaku terhadap bayi dan ibu.
"Penemuan ini perlu diteroka lebih lanjut untuk memahami jika terdapat faktor persekitaran yang mempengaruhi gen (epigenetik) atau perubahan berkaitan tekanan menghubungkan kecacatan jantung kongenital dengan risiko kanser ibu.
"Jadi, menjalankan kajian menyelidik dan menunjukkan semua kaitan antara kanser dan kecacatan jantung kongenital akan membantu kami memahami risiko sepanjang hayat bukan sahaja kecacatan jantung, tetapi juga perkembangan kanser dalam kalangan keluarga,” jelas Lopez yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan berjumpa pakar kardiologi pediatrik dan doktor untuk penjagaan susulan.
Ini termasuk pemantauan sepanjang hayat bagi kanak-kanak yang dilahirkan dengan masalah jantung itu. – Persatuan Jantung Amerika —TheStar/AGENSI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram