
TAHUN lepas, dunia perfileman digemparkan dengan sebuah rakaman ekstrem yang memperlihatkan aksi terjunan udara payung terjun seorang wanita dari menara Menara 118, untuk sebuah pengambaran filem terbaharu Marvel,Thunderbolt.
Adegan tersebut merupakan terjunan payung terjun daripada pelakonnya Florence Pugh, dan kini penonton berpeluang untuk melihat di sebalik tabir ketika babak tersebut dilaksanakan.
Pada hari Jumaat, detik-detik mendebarkan itu telah dikeluarkan oleh Marvel Studios tentang aksi-aksi dalam filem berkenaan, termasuk klip Pugh yang sedang melakukan persipan untuk melompat dari bangunan kedua tertinggi di dunia itu setinggi 678.9 meter.
BACA LAGI: Barisan model Nala peraga koleksi raya sambil 'catwalk' di atas jambatan Silverlakes, Perak
Florence Pugh.
Dalam rakaman tersebut, mimik wajah pelakon yang berusia 29 tahun itu kelihatan terkejut ketika dia sedang membuat persiapan terjun.
Keadaan tersebut turut dibantu oleh anggota pasukan pengeluaran dan keselamatan di sisinya bagi memastikan setiap pemasangan dan persiapan berada di tempat yang betul.
"Daripada segala aksi dalam mana-mana filem, ini sangat mengagumkan. Berapa kali anda melihat seseorang itu terjun dari bangunan yang tinggi?
Saya pelik bagaimana mereka merasa begitu tenang," katanya.
Adegan itu kemudian beralih kepada kiraan detik daripada kru. Kemudian dengan penafasan sedalam-dalamnya, Pugh melangkah keluar dari tepi bangunan dan terjun dalam gaya bebas dari ketinggian yang menjunam sebelum menarik payung terjun.
Pelakon yang memegang watak utama Yelena Belova itu kelihatan tenang ketika dia meluncur menuju ke tanah.
Merdeka 118 bukanlah satu-satunya mercu tanda di Kuala Lumpur yang dipaparkan dalam filem Thunderbolts. Terdapat juga babak di mana, watak Pugh dilihat berjalan di sepanjang dataran Medan Pasar di bandaraya tersebut.
Sejak itu, ramai peminat dari kalangaan rakyat Malaysia meluahkan keterujaan serta bangga tentang negara hebat itu, yang menjadi lokasi pengambara dalam produksi Hollywood.
“Sangat gembira mereka memilih (Malaysia) untuk merakamkan adegan terjun payung di Malaysia,” kata seorang pengguna media sosial.
“Saya salah seorang pelatih di Merdeka 118, tak sabar nak tengok adegan terjun itu,” komen seorang lagi.
Filem tersebut dijangkan bakal ditayangan pada 2 Mei. Thunderbolts mengisahkan tentang sebuah pasukan anti-hero yang menjalankan operasi sulit untuk kerajaan Amerika Syarikat.
Filem ini juga membintangi Sebastian Stan, David Harbour dan Geraldine Viswanath. — TheStar/ ANNDREA A. WEBBER
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram