
MERAIKAN rekaan gaya hidup unggul dari Ralph Lauren,jenama tersebut mempersembahkan koleksi Home selama lebih 40 tahun yang telah tiba di Palazzo Ralph Lauren bersama debut koleksi Canyon Road untuk Musim Luruh 2025.
Sebuah galeri imersif gaya hidup ikonik daripada jenama mewah itu memberikan gambaran mengenai dunia imaginatif Ralph Lauren.
Kemudian, koleksi Canyon Road yang baharu memperkenalkan ekspresi moden gaya hidup dengan sentuhan Barat Amerika.Palazzo Ralph Lauren meneruskan tradisi tersebut untuk memberikan yang terbaik dari reka bentuk Amerika ke kota Milan.
BACA LAGI: Bukan ibu saja bergaya, anak-anak selebriti pun sama melaram, bertukar-tukar baju raya
Koleksi Island menwarnakan perabot dan susunan yang anggun dan lebih relaks.
Perabot yang dibuat atas permintaan itu dihasilkan dengan teliti di Itali, di bawah kerjasama strategik antara Ralph Lauren dan Haworth Lifestyle.
Ia bagi menghormati komitmen yang berkekalan terhadap kemahiran pembuatan yang luar biasa.
Estate mengingatkan kemegahan sebuah rumah desa Inggeris yang didefinisikan oleh lapisan kaya dan perabot berkualiti warisan sedia ada.
Kain yang diselempangkan dengan corak bunga romantik mengingatkan pada taman klasik dan paisley arkib bersama warna kelabu lembut dan biru membaluti perabot yang dicipta seperti Katil Clivedon Tufted.
Bahkan ia diilhamkan oleh Chesterfield yang diukir dan dibalut daripada kayu mahogany, termasuk Almari Heiress dengan corak bermotif bunga-bungaan.
Plaid dan tartan warisan dipadankan dengan bunga artistik dan jalur berdetik, mempamerkan keupayaan Ralph Lauren untuk memadankan elemen kejutan yang luar biasa.
Koleksi Island menawarnakan perabot dan susunan yang aggunan yang lebih relaks.
Island
Island menawarkan keanggunan yang lebih relaks serta santai untuk memperlihatkan suasana tempat percutian cuaca panas dengan perabot berlapik putih, bahan semula jadi seperti benang anyaman, dan aksen biru serta putih klasik.
Siluet ikonik seperti Meja Koktel Beekman yang diperbuat daripada kayu mahogany dengan apron ukiran tangan seperti renda dan Sofa Salon Jamaica dalam linen berbatu memberikan pancaran kemewahan memancarkan yang tenang.
Sementara bantal hiasan berwarna turquoise dan fuchsia, menambahkan lagi sentuhan warna yang terang dalam warna-warna seperti turquoise dan fuchsia, untuk mengidupkan elemen tropika.
Penthouse yang menawarkan sentuhan moden dengan bahan-bahan yang luar biasa dan rekaan penuh elegan
Penthouse
Canggih dan glamor, itu koleksi pecahan untuk Penthouse yang menawarkan sentuhan moden dengan bahan-bahan yang luar biasa dan rekaan penuh elegan.
Kerusi RL-CF1 ikonik yang diperbuat daripada gentian karbon, mendapat inspirasi daripada kereta lumba McLaren F1.
Kereta yang dimiliki oleh pemilik Lauren itu sendiri, diletakkan di sekitar Meja Makan Duke daripada rosewood yang diilhamkan oleh Art Deco.
Koleksi Canyon Road yang baharu memperkenalkan ekspresi moden gaya hidup dengan sentuhan Barat Amerika.
Western
Western mengambil pengaruh daripada warisan kaya Barat Amerika dan meraikan keindahan semula jadi bahan-bahan dengan perabot lama yang berkualiti tinggi.
Dikumpulkan di bawah Chandelier Straton Triple-Tier yang diperbuat daripada tanduk rusa yang gugur secara semula jadi, empat kerusi New Bohemian Artist menjadi sandaran yang melengkapi.
Bermotif tenunan tradisi Navajo daripada kolaborasi Artist in Residence dalam koleksi Home, ia disempurnakan oleh selebriti tekstil Diné (Navajo), Naiomi dan Tyler Glasses.
Kolaborasi khas dengan penenun generasi ketujuh itu, merangkumi fabrik, penutup lantai, tekstil, dan aksesori hiasan yang menggabungkan simbol budaya yang dihargai dan ditemui dalam banyak tenunan Navajo. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram