
AIDILFITRI kali ini menyaksikan pelbagai rekaan dan warna tema busana sedondon seisi keluarga.
Bukan sahaja golongan ibu bergaya, anak-anak perempuan turut melaram dengan variasi baju dan aksesori menarik sepanjang meraikan Syawal.
Sudah pastilah hari lain, bajunya juga lain? Majoriti berkongsi lima gaya anak selebriti bergaya dengan baju raya mengikut cita rasa masing-masing.
BACA LAGI: 'Lebih malu jika tak fasih', pengacara WHI sokong pendidikan sejak kecil perkasa bahasa Malaysia
BACA LAGI: [VIDEO] Marion Caunter bahagia besarkan anak-anak multikultural, didik raikan perbezaan budaya
Lara Alana, Lyla Amina
Setiap tahun, pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari yang popular dalam dunia fesyen tanah air, bijak memilih persalinan raya untuk dua puteri mereka, Lara Alana dan Lyla Amina.
Kedua-dua kanak-kanak itu menyarungkan baju rona merah hati sedondon menyuntik suasana hari raya yang ceria, apatah lagi dengan mimik muka Lyla ketika bergambar sentiasa mencuit hati peminat.
Lara (dua dari kanan) bergaya beg tangan jenama ibunya, Scha (kiri) koleksi Ayaaya.
Bertambah comel raya kedua menyaksikan mereka menggayakan baju warna hitam dan putih dipadankan pula bersama tas tangan mini koleksi jenama Scha sendiri iaitu Ayaaya.
Boleh dikatakan fesyen dua beradik ini antara anak selebriti paling dinanti-nantikan warga maya.
Selena, Sofia Arissa
Dua puteri kepada pelakon Liyana Jasmay, Sofia Arissa dan Selena juga tidak ketinggalan tampil anggun dan comel pada hari raya.
Walaupun warna tema sama iaitu kelabu putih, tetap Sofia dan Selena mengenakan corak pakaian berbeza.
Sofia dilihat memakai baju kurung warna kelabu polos sedondon dengan ayahnya manakala Selena pula berbaju kurung warna putih bercorak bunga serupa Liyana.
Liyana bersama kedua-dua puterinya menggayakan baju daripada rekaan Petii Moy.
Pun demikian, pada Syawal kedua, kedua-dua anaknya menggayakan baju daripada rekaan Petii Moy berwarna kuning cair sambil berjalan-jalan sekitar kampung halaman.
Aaisyah Dhia Rana
Kerap kali 'dibebel' oleh pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta kerana sentiasa melaram, sukar untuk menidakkan penampilan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sentiasa menjadi tumpuan setiap kali hari raya.
Bukan sekadar mampu bersolek sendiri, Aaisyah juga anggun memakai baju kaftan koleksi Che Ta berwarna biru tema sedondon seisi keluarga.
Bukan sekadar baju, Aaisyah turut berhias bersama rantai anting-anting dan cekak rambut berasaskan mutiara putih.
Pada raya keenam, Che Ta dilihat memuat naik gambar Aaisyah bersama dua abangnya dalam persalinan warna turquoise lembut bersama beg tangan Dr. Cardin.
Leia Rose, Lana Rose
Anak kepada usahawan, personaliti terkemuka, Marion Caunter Rose Abdullah, Leia Rose dan Lana Rose tampak cantik menggayakan baju warna ungu tema raya pertama.
Bertambah menarik, Marion berdarah campuran Cina dan Eurasia turut berpakaian sedondon dengan anak-anak.
Leia dan Lana mengenakan baju kurung moden bwarna hitam disulami corak.
Kemudian, Leia dan Lana mengenakan baju kurung moden berwarna hitam disulami corak bunga pada raya kedua.
SM Arman Naza dan Arianna Kayla Tan
Sementara itu, anak lelaki dan perempuan kepada usahawan dan pempengaruh, Chryseis Tan, SM Arman Naza dan Arianna Kayla Tan, juga tidak terlepas bergaya pada raya pertama rona ungu gelap.
Pertama hati kepada SM Faliq SM Nasimuddin dan Chryseis itu mengenakan pakaian daripada jenama Rizman Ruzaini.
Kelatah Ariana ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Arman.
Kelatah Ariana turut mencuit perhatian ketika meletakkan songkok kepada adiknya yang lengkap berbaju Melayu dan bersampin warna kelabu pada raya keempat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram