[VIDEO] Awasi kelakuan anak kecil ketika hadir majlis, elak ayat klise 'biasalah budak-budak'


  • Massa
  • Rabu, 19 Feb 2025

Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi anak-anak ketika menghadiri majlis keramaian. — Gambar hiasan/Freepik

IBU bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam menjaga adab dan tingkah laku anak-anak khususnya ketika menghadiri majlis keramaian bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh menjejaskan kelancaran acara tersebut.

Seperti dikongsikan seorang pengacara majlis dikenali sebagai Madu, beliau menceritakan semula kejadian di sebuah majlis perkahwinan melibatkan ibu bapa yang dikatakan gagal mengawasi pergerakan anak-anak.

Menurutnya, kejadian bermula ketika sekumpulan kanak-kanak yang sedang makan aiskrim berlari-lari di sekitar kawasan pelamin.

BACA LAGI: Fateen Afeefa tak puas hati isu yuran sekolah, Adam Shahz biar mahkamah tentukan hak jagaan anak

BACA LAGI: Legasi teater Ahmad Tarmimi Siregar, puasa sunat setiap Isnin, Khamis tip jaga kesihatan si 'Hero Emas'

"Ia berlaku sebelum pengantin masuk dan salah satu vendor di dalam majlis ketika itu menyediakan aiskrim.

"Ada beberapa anak kecil bersama aiskrim berlari sampai ke pelamin Jadi, (untuk mengelak daripada perkara buruk) mestilah kita bawa budak-budak berkenaan keluar dan pergi ke ibu bapa mereka.

"Ketika kejadian, salah seorang tetamu menegur saya dan menyatakan, biasalah budak-budak (berkelakuan begitu)," katanya menerusi satu rakaman di TikTok miliknya, Emcee Madu pada Ahad.

Ceritanya, kejadian itu berlaku sebanyak dua kali, dengan kemuncaknya kanak-kanak yang sama bermain berhampiran pengantin semasa upacara merenjis dan salam restu.

 

Untitled_design_-_2025-02-18T195001.678

Madu menceritakan kejadian di sebuah majlis perkahwinan melibatkan ibu bapa yang gagal mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

Situasi itu katanya, mengganggu kelancaran jurugambar untuk merakam momen kenangan pengantin bersama keluarga.

"Kanak-kanak yang sama berlari-lari di sepanjang walkaway diperbuat daripada kaca.

"Mereka juga berlari mengelilingi jurugambar dan meja beradab yang telah disiapkan untuk pengantin.

"Keadaan tersebut menyebabkan saya mengambil mikrofon dan menegur mereka (ibu bapa dan kanak-kanak)," jelasnya.

Madu dalam pada itu turut menekankan bahawa majlis perkahwinan adalah majlis menyambut kebahagiaan dan beliau memahami betapa pentingnya anak-anak untuk terlibat sama dalam acara keluarga.

Namun, beliau menzahirkan harapan agar ibu bapa menjaga tingkah laku anak-anak dan memastikan mereka berada di bawah pengawasan sepanjang masa.

"Yang terbaik anda boleh lakukan sebagai tetamu adalah mengawal anak-anak. Kita tidak mahu perkara tidak diingini berlaku.

"Ini bukan sahaja untuk kebaikan pengantin, tetapi juga keselamatan semua," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram