
MAYBELLINE Malaysia mencipta kejutan dengan pelancaran eksklusif Sunkisser Liquid Highlighter Blush pada acara Sunkisser Live! yang penuh meriah, menggabungkan elemen Mekap, Muzik dan Magis.
Acara tersebut bukan sahaja mempersembahkan gaya khas New York, bahkan memberi sorotan kepada inovasi solekan, muzik dan ekspresi kendiri yang tiada terhad.
Bertempat di Rooftop Garden, LaLaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur, acara itu berlangsung penuh meriah berlatarkan suasana matahari terbenam.
BACA LAGI: Mimi Lana, Siti Saleha pilih sentuhan magis Khir Khalid untuk solekan di hari bahagia
BACA LAGI: Ruang niaga lebih luas, barisan duta Jakel Raya 2025 turun padang luang masa bertemu pelanggan
Maybelline mengutamakan inovasi dalam produk berprestasi tinggi seperti Sunkisser Liquid Highlighter Blush. — Maybelline Malaysia
Sunkisser Live! menggambarkan tenaga, keberanian dan semangat yang menjadi teras kepada Maybelline.
Sebagai jenama solekan nombor satu dunia, Maybelline terus mengutamakan inovasi dalam produk berprestasi tinggi seperti Sunkisser Liquid Highlighter Blush.
Dirumus untuk mereka yang mahukan keserian semula jadi, produk bertekstur ringan itu mudah disesuaikan intensitinya dan memberikan kesan 'ciuman matahari' tahan selama 12 jam.
Ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak dan berjerawat serta ditawarkan dalam tujuh rona menarik untuk melengkapi tona kulit wanita Malaysia.
Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oréal Malaysia dan Singapura, Ashlee Ng berkata, Maybelline percaya kecantikan adalah tentang keyakinan.
Henry Moodie memukau penonton dengan melodi lagunya yang penuh emosi. — Maybelline Malaysia
"Kami mencipta inovasi ini untuk memberi kebebasan kepada setiap wanita mengekspresikan diri dan menghadapi cabaran harian.
"Salah satu slogan paling berkuasa Maybelline iaitu Maybe she’s born with it, maybe it’s Maybelline, akan terus menjadi realiti,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Acara Sunkisser Live! turut diserikan persembahan hebat daripada artis antarabangsa dan tempatan, termasuk Henry Moodie yang memukau penonton dengan melodi emosinya, sementara kumpulan sensasi, Dolla menutup acara penuh tenaga.
Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan penampilan selebriti TikTok yang sedang meningkat naik, menjadikan ia satu pengalaman penuh warna.
Henry Moodie merakam kenangan di salah satu reruai ketika acara Sunkisser Live!. — Maybelline Malaysia
Dengan memperkenalkan kedai TikTok fizikal pertama di Malaysia, acara berkenaan memberi peluang kepada peminat kecantikan untuk menjelajah, mencuba dan membeli produk Maybelline dengan mudah.
Zon solekan yang diwujudkan juga memberi ruang bagi pencipta konten, rakan kongsi dan peminat untuk berkongsi bagaimana solekan mengubah ekspresi diri mereka.
Bukan sekadar acara kecantikan, Sunkisser Live! juga adalah perayaan keyakinan dan komuniti yang menggabungkan kecantikan dan muzik.
Koleksi Sunkisser Liquid Highlighter Blush kini boleh didapati di TikTok, Shopee, Lazada (Maybelline New York Official Store) dan di semua rangkaian kedai runcit utama. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram