PELAKON Fatin Afeefa, 30, kurang berpuas hati dengan bayaran nafkah bekas suaminya, Adam Shaz yang didakwa tidak mencukupi untuk menanggung kos persekolahan anaknya.
Jelasnya, nafkah bulanan daripada Adam tidak merangkumi kesemua perbelanjaan yuran dan kelengkapan sekolah anaknya, Ivy Herra Sophia, 8.
“Saya tak minta penuh pun macam kalau sekolah dan yuran semua saya bayar RM3,000 tapi saya cuma minta dia RM1,000 je, itu pun dia tak nak bagi.
“Nasib baik suami saya kata dia okay boleh tanggung semua,” katanya ketika ditemui pada perbicaraan hak jagaan anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.
BACA LAGI: 'Hiburan bukan dunia saya', KJ mahu tunai manifesto lepas julang trofi Penyampai Radio Popular
Dalam pada itu, bekas suaminya, Adam Shahz, 43, berkata, dia menyerahkan segala keputusan penuh kepada mahkamah untuk sebarang tindakan.
"Saya tak nak komen apa-apa tentang hal itu sebab ia masih dalam pantauan mahkamah, jadi saya serahkan sepenuhnya kepada keputusan mahkamah.
"Saya tak berani nak cakap apa-apa sebab nanti kalau tersalah cakap takut ia tak seiring dengan apa yang mahkamah bagi, jadi kita cuma tunggu tarikh yang mahkamah bagi dan keputusannya nanti.
"Saya mungkin bukan seorang bapa yang sempurna tapi saya cuba jadi yang terbaik untuk anak saya," katanya.
Dalam pada itu, kes perbicaraan itu disambung pada Februari tahun depan dengan kedua-dua belah pihak masih di bawah pantauan mahkamah.
Terdahulu, pelakon Tentang Bulan itu mengumumkan sudah tujuh bulan melahirkan anak hasil perkahwinan dengan pempengaruh sensasi, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin sudah mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram