Pernah diberhentikan lepas 21 tahun berkhidmat di MAS, bapa 2 anak transformasikan komponen kabin jadi produk kreatif


  • Bizz
  • Ahad, 05 Jan 2025

Dhanendran turut menghasilkan troli yang disesuaikan dengan tema kelab bola sepak untuk peminat tegar.

DHANENDRAN Sidambram, seorang perunding pengurusan aset penerbangan, kini bergiat dalam perniagaan melibatkan pengubahan komponen pesawat yang tidak lagi digunakan menjadi karya seni dan perabot unik.

Sebagai perunding pengurusan aset penerbangan, dia juga berurusan dengan syarikat-syarikat yang pakar dalam kitar semula pesawat melibatkan pembongkaran, pemulihan komponen dan pengubahsuaian bahan.

“Sebahagian daripada kerja saya melibatkan melikuidasikan atau meleraikan komponen pesawat lama untuk mendapatkan bahagian yang kami baiki dan melakukan overhauled sebelum dijual semula.

BACA LAGI: Dari kecil jarang masuk dapur, bekas juruukur bahan kini miliki 'central kitchen' sendiri bekalkan kek sekitar Lembah Klang

BACA LAGI: Ketepi rasa malu, bekas 'cleaner' hospital tawar servis cucian cermin profesional sekitar Johor

photos of Dhanendran (016-384 3241) who breathes new life into old airplane parts.  (FEB 15 2024) — ART CHEN/The Star

Antara hasil karya Dhanendran termasuk perabot yang diubah suai daripada tempat duduk pesawat.

"Kami mendapati banyak bangkai pesawat dan komponen kabin yang tidak lagi boleh digunakan dan akhirnya akan menjadi sisa penerbangan,” kata Dhanendran, 41, yang sebelum ini berkhidmat sebagai jurutera pesawat bersama Malaysia Airlines selama 21 tahun.

Melihat potensi dalam sisa pesawat, dia memutuskan untuk menceburi bidang perniagaan kitar semula yang menghasilkan perabot dan karya seni daripada bahagian pesawat yang diselamatkan.

Antara hasil karyanya termasuk perabot yang diubah suai daripada tempat duduk pesawat, unit penyimpanan kabin, pembahagi kelas serta kaunter bar dan lampu meja yang dihasilkan daripada komponen pesawat seperti tiub pitot dan flap.

“Kami tidak mempunyai kriteria tetap dalam memilih barangan untuk diselamatkan kerana hampir setiap kepingan besi buruk penerbangan boleh dijadikan bahan menghasilkan karya baharu.

"Kami memberi tumpuan pada bahagian yang lebih kecil kerana ia lebih mudah untuk disesuaikan dan dijual,” tambah bapa kepada dua anak itu.

photos of Dhanendran (016-384 3241) who breathes new life into old airplane parts.  (FEB 15 2024) — ART CHEN/The Star

Sebahagian daripada kerja Dhanendran adalah melibatkan kerja-kerja meleraikan pesawat lama.

Diberhentikan kerja

Dhanendran memulakan perniagaannya pada 2015 selepas dia bersama 6,000 pekerja lain diberhentikan daripada Malaysia Airlines (MAS).

Kini, dia mengendalikan perniagaannya dari sebuah gudang yang luas di Kampung Baru Subang, Shah Alam, Selangor yang menyimpan pelbagai bahagian pesawat seperti troli perkhidmatan, tempat duduk pramugari dan bahagian lain yang diambil daripada pesawat terpakai.

Perniagaannya mendapat sambutan menggalakkan, dengan troli perkhidmatan menjadi barangan paling laris. Setakat ini, usahawan itu telah membaik pulih lebih 100 troli untuk pelanggan dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Australia, dengan harga permulaan RM2,000 setiap satu.

Dhanendran turut menghasilkan troli yang disesuaikan dengan tema kelab bola sepak seperti Liverpool, Chelsea dan Manchester United untuk peminat tegar.

(pls use) An Airbus forward galley transformed into a bar. — DHANENDRAN SIDAMBRAM

Sebahagian hasil kreatif yang dihasilkan Dhanendran.

Ahli perniagaan ini percaya bahawa bisnes yang dijalankan adalah satu-satunya di Malaysia, yang memberi nafas baharu kepada barangan penerbangan terpakai dengan menghasilkan produk kreatif yang menarik minat pelanggan dari pelbagai industri seperti makanan dan minuman, automotif dan pengurusan acara.

Dalam proses pengitaran semula, Dhanendran berkata, setiap bahagian pesawat akan melalui proses de-milling, seperti dikehendaki Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), untuk memastikan tiada bahagian yang boleh digunakan semula pada pesawat yang layak terbang.

“Dengan menggunakan teknologi yang ada, hanya beberapa negara mampu memecahkan aloi pesawat menjadi aluminium tulen. Oleh itu, mengitar semula adalah pilihan terbaik bagi kami,” jelasnya lagi.

Sebagai seorang yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia penerbangan, Dhanendran sentiasa mencari inspirasi melalui platform media sosial untuk terus mencipta karya-karya unik dan kreatif yang memberi kehidupan baharu kepada barangan yang sepatutnya dibuang. — The Star/SHEELA CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram