Lepas diroboh sejak April, klinik desa di Slim River kini beroperasi semula


  • Massa
  • Rabu, 01 Jan 2025

Penduduk tempatan menyambut baik pembukaan semula Klinik Desa Slim Village.

KLINIK Desa Slim Village, Slim River, Perak yang telah melalui proses pembinaan semula dijangka mula beroperasi pada Khamis.

Pembukaan klinik tersebut dijangka memberikan kemudahan kesihatan kepada masyarakat setempat dan kawasan sekitar.

Pegawai Kesihatan Muallim, Dr Raja Mohd Azim Raja Haron berkata, klinik itu menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk untuk pemeriksaan ibu mengandung, bayi, kanak-kanak dan warga emas.

BACA LAGI: Penduduk desak kembalikan semula waktu operasi 24 jam di klinik kesihatan Tanjung Malim

BACA LAGI: [VIDEO] Anak istimewa pembuka rezeki pasangan suami isteri berniaga sambil bantu golongan ibu bapa senasib

Beliau berharap penduduk tempatan dapat memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan.

“Di klinik ini, kami turut menyediakan khidmat penasihat perancang keluarga.

"Kami memahami cabaran yang dihadapi ramai warga emas di kampung ini, terutamanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal dan hanya bergantung kepada basikal.

“Kami menawarkan ujian dan pemeriksaan kesihatan untuk semua warga emas,” ketika lawatan ke tapak klinik baharu itu.

Klinik desa tersebut dikendalikan jururawat terlatih dan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan kesihatan setempat, terutama bagi ibu dan kanak-kanak.

Perkhidmatan pesakit luar juga disediakan bergantung pada kemudahan yang ada di klinik.

Mengulas lanjut, Dr Raja Mohd Azim berkata, sebelum klinik lama dirobohkan pada April lalu, perkhidmatannya telah dipindahkan sementara ke Klinik Desa Kampung Pasir Slim Village.

Ujanya, proses tender bagi projek pembinaan semula klinik itu diadakan pada Mei lalu sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan pada Julai.

Penduduk tempatan juga menyambut baik pembukaan semula klinik ini.

Dalam pada itu, pengusaha kedai runcit, KP Tanggamah meluahkan rasa gembira kerana pembinaan semula klinik berjaya disiapkan dalam masa yang singkat.

“Saya berharap pegawai atau pembantu perubatan dapat ditempatkan di klinik ini sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memberikan perkhidmatan kesihatan kepada warga emas.

"Ini akan memudahkan mereka yang mempunyai penyakit kronik mendapatkan surat rujukan ke hospital pakar untuk rawatan lanjut,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Sungai Kurong, Ahmad Nazim Ramli turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas usaha menaik taraf klinik ini demi kesejahteraan penduduk setempat.

“Kami amat menghargai perhatian yang diberikan kepada kebajikan masyarakat di kawasan ini.

"Klinik baharu ini akan memberikan manfaat besar kepada penduduk, khususnya mereka yang memerlukan perkhidmatan kesihatan berkualiti,” bicaranya. — The Star/IVAN LOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram