Sukar berkomunikasi dengan pelanggan, bukan alasan artis pekak cipta seni tradisi rakyat


  • Bizz
  • Khamis, 02 Jan 2025

Candice membuktikan kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk mencipta seni yang luar biasa.

DILAHIRKAN pekak sama sekali tidak menghalang Candice Singha Wong, 46, membuktikan kekurangan fizikal bukanlah penghalang untuk artis itu mencipta seni yang luar biasa.

Dengan minat mendalam terhadap bangunan kolonial dan bersejarah, Candice menganggap seni bina ini sebagai simbol nostalgia yang memukau dan penting dalam melestarikan identiti budaya Malaysia.

Kongsinya, dia begitu tertarik dengan bangunan warisan Cina dan Peranakan di Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

BACA LAGI: Dari kecil jarang masuk dapur, bekas juruukur bahan kini miliki 'central kitchen' sendiri bekalkan kek sekitar Lembah Klang

BACA LAGI: Ketepi rasa malu, bekas 'cleaner' hospital tawar servis cucian cermin profesional sekitar Johor

Pic 3'I love how heritage buildings are adorned with vibrant colours, ornate carvings and intricate designs,' says Wong. — SHEELA CHANDRAN/The Star

Candice memiliki minat mendalam terhadap bangunan kolonial dan bersejarah.

"Saya suka bagaimana ia dihiasi dengan warna-warna terang, ukiran indah, dan reka bentuk yang rumit.

"Bangunan lama ini menceritakan bagaimana kehidupan masa lalu serta memaparkan keunikan budaya kita,” ujarnya.

Sebagai penghormatan kepada warisan negara, Candice menghasilkan siri lukisan bertajuk Heritage Series tahun lalu, yang merangkumi lukisan bangunan bersejarah dari seluruh Malaysia.

Siri tersebut termasuk bangunan di Chinatown Kuala Lumpur, Taiping, Perak serta bangunan Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang.

Lukisan cat airnya yang berukuran 20 sentimeter (sm) x 30sm memaparkan seni bina terperinci dengan keindahan yang menonjolkan daya tarikan sejarah bangunan-bangunan tersebut.

“Saya mahu orang ramai melihat keindahan bangunan lama ini dan menghargai nilai sejarahnya,” jelasnya.

(online)'My hope is for greater understanding and opportunities for artists with disabilities,' says Wong. — SHEELA CHANDRAN/The Star

Wanita ini turut menjual karya seni dan kraftangannya di bazar.

Warisan Borneo

Selain itu, Candice juga mempersembahkan siri Borneo pada 2019 sebagai penghormatan kepada zaman kanak-kanaknya di Kuching, Sarawak.

Siri ini menonjolkan kepelbagaian budaya etnik seperti Iban, Dayak dan Orang Ulu, termasuk elemen tradisional seperti sape dan burung enggang, yakni burung negeri Sarawak.

“Saya membesar dalam persekitaran yang dikelilingi pelbagai etnik. Saya kagum dengan keindahan seni ukiran pada rumah tradisional, pakaian dan tarian mereka,” katanya.

Karya seni ini menggambarkan kecintaan Candice terhadap landskap, seni bina dan tradisi rakyat tempatan.

pic 2Wong's Borneo series highlights Sarawak’s diverse cultural tapestry.

Siri Borneo karya Candice menonjolkan kepelbagaian budaya Sarawak yang kaya.

Tak lemah semangat

Sebagai seorang artis pekak, Candice menghadapi pelbagai cabaran, terutama ketika berkomunikasi dengan pelanggan.

Namun, dia tidak membiarkan kekurangan ini melemahkan semangatnya.

“Kita semua ada kelebihan masing-masing, sama ada kita kurang upaya atau tidak. Penting untuk menunjukkan kebolehan supaya masyarakat lebih memahami,” tuturnya.

Bagi menambah pendapatan, wanita ini turut menjual karya seni dan kraftangannya di bazar serta mempromosikan lukisannya di laman Instagram.

“Saya mengimbangi perniagaan kecil ini dengan tanggungjawab sebagai ibu. Saya berharap masyarakat lebih memberikan peluang kepada artis kurang upaya untuk berkembang,” tambahnya.

(online)'We are all the same, whether we have disabilities or not,' says Wong.

Karya seni ini menggambarkan kecintaan Candice terhadap landskap, seni bina dan tradisi rakyat tempatan.

Karya Candice pernah dipamerkan dalam pelbagai pameran seni seperti Deaf Art Expression dan The Gifted Art Exhibition.

Dia juga mendapat tunjuk ajar daripada pelukis tempatan terkenal, Raja Azhar, dalam seni lukisan akrilik.

Candice membuktikan bahawa kekuatan semangat mampu mengatasi cabaran, dan melalui seni, dia terus menghidupkan keindahan warisan Malaysia untuk dinikmati generasi akan datang. — The Star/SHEELA CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram