MAJLIS Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menutup bengkel kereta tidak berlesen yang beroperasi secara haram di kawasan perumahan di Taman Bunga Melor berhampiran Jalan Meru di Klang, Selangor.
Pengarah Jabatan Pelesenan MBDK Zate Aziana Abdul Rahman berkata, perniagaan membaiki kenderaan yang terletak di Jalan Sentosa 41 itu beroperasi tanpa lesen sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, MBDK memulakan siasatan berikutan terdapat banyak aduan dari orang ramai.
BACA LAGI: Larang campur beras import, lokal antara 4 cadangan tangani isu kekurangan beras putih tempatan
BACA LAGI: Peningkatan harga beras putih tempatan tak bebankan golongan B40
Zate Aziana berkata, pegawai MBDK bagaimanapun tidak merampas sebarang peralatan semasa serbuan itu atas dasar kemanusiaan. —MBDK
"Pegawai jabatan kami mendapati bengkel itu tidak mempunyai lesen yang sah," katanya.
Bengkel itu beroperasi di atas tanah rizab milik Indah Water Konsortium Sdn Bhd menurut Zate Aziana.
“Aduan dibuat adalah kerana perniagaan itu mendatangkan gangguan penduduk dan menyebabkan pencemaran.
"Semasa operasi bersama dengan Jabatan Penguatkuasaan majlis, kami mengeluarkan perintah berhenti kerja dan mengeluarkan dua kompaun di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian 2007 untuk struktur bangunan atau halangan di tempat awam tanpa kebenaran," katanya sambil menambah bahawa setiap satu kompaun dikenakan denda RM1,000.
Zate Aziana berkata, pegawai MBDK bagaimanapun tidak merampas sebarang peralatan semasa serbuan itu atas dasar kemanusiaan.
“Walaupun serbuan tertumpu untuk menghentikan perniagaan haram daripada beroperasi, kami juga ingin memberi peluang kepada perusahaan kecil sebegini berpindah ke tempat perniagaan yang dapat beroperasi dengan cara betul.
"Kami faham ekonomi pada masa kini semakin mencabar," katanya.
Zate Aziana menambah, pengusaha bengkel masih perlu merobohkan semua struktur yang tidak dibenarkan dibina di tapak itu secepat mungkin atau mengambil risiko tindakan lanjut di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.
“MBDK akan terus menjalankan pemeriksaan spontan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana perniagaan atau individu yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan majlis,” katanya. — The Star/ EDWARD RAJENDRA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram