Larang campur beras import, lokal antara 4 cadangan tangani isu kekurangan beras putih tempatan


  • Primer
  • Rabu, 09 Okt 2024

Isu kekurangan BPT perlu diselesaikan bagi menampung permintaan orang ramai.

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan terdapat empat pendekatan baharu akan dilaksanakan bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan (BPT).

Berdasarkan laporan Buletin TV3, beliau berkata, langkah tersebut dibuat setelah kajian, siasatan dan cadangan daripada pasukan 'task force' untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Pekeliling tentang peraturan ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan warga KPKM di Putrajaya pada Rabu.

BACA LAGI: Bekas komando kongsi cara 'survive' dalam hutan, cuma berbekalkan 2 pek beras

BACA LAGI: Peningkatan harga beras putih tempatan tak bebankan golongan B40

Defence Minister Mohamad SabuNORAFIFI EHSAN / The Star

Langkah penyelesaian akan diperhalusi selepas kajian dibuat 'task force'.

Jelas beliau, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantapan tatakelola sektor padi dan beras iaitu melalui pengasingan kuasa antara Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) serta penglibatan wakil Kerajaan dalam BERNAS.

Selain itu, langkah penyelesaian isu kekurangan itu akan dibuat menerusi peraturan melarang campuran BPT dengan beras putih import (BPI).

Pihaknya juga akan menggabungkan semua penguat kuasa di bawah KPKM untuk memantapkan aspek penguatkuasaan.

“Penggabungan kesemua penguatkuasa di bawah KPKM seperti KPB, MAQIS, DOA,DVS, DOF, FAMA dan LKIM,” ujarnya.

Tambah Mohamad Sabtu lagi, reformasi pentadbiran juga akan dilaksanakan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan juga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram