SEORANG pemandu lori membawa muatan gegelung besi disyaki bertindak memecut ketika memasuki selekoh, mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan di Sekolah Islam Hidayah, Johor Bahru, Johor pada Jumaat.
Menerusi video tersebut, pemandu lori dilihat memandu dengan laju dan melulu ketika memasuki selekoh, dipercayai berlaku di Jalan Kg Maju Jaya menghala ke Senai, yang kemudiannya mengakibatkan gegelung besi jatuh bertaburan di atas jalan raya.
Video berdurasi 10 saat itu dimuat naik oleh akaun pengguna yang dikenali Community Roda Johor - CRJ pada Jumaat dan sehingga kini masih mendapat kecaman dari orang ramai.
BACA LAGI: [VIDEO] Pembantu perubatan maut digilis treler tidak berada lorong kiri di Jalan Skudai
Ekoran tindakan berbahaya itu, ramai warga maya mengecam tindakan pemandu yang dilihat tidak cakna dengan keselamatan pengguna dan jalan raya.
"Jalan baru sahaja siap dan disebabkan punca-punca sebeginilah boleh rosakkan balik jalan tu. Nasib baik tidak kena orang," komen Ahmad Dozikishi.
"Benda macam ini kita semua kena cakna dan antara solusi yang kita boleh ambil adalah melibatkan KTMB untuk meningkatkan kapasiti pengurusan pengangkutan darat di Malaysia," kata @BomohCompSc .
"Kalau undang-undang diketatkan keselamatan pemandu pun terjamin dan apa yang penting adalah tindakan terhadap syarikat yang terlibat.
"Kadang-kadang syarikat ini hanya fikirkan untung sahaja," tulis @aminismo_ .
"Jangan kecam 'pilot darat' ramai pula yang meroyan nanti," kata Edmund Gerald.
"Dalam hal ini, selain pemandu lori, pemilik perniagaan juga patut dibawa ke muka pengadilan.
"Mereka bukan tidak tahu, kadang-kadang buat-buat buta dan @anthonyloke perlu berkeras.
"Jangan jadi 'bal*ci' kepada mereka," ujar @IkramKerre.
Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram