[VIDEO] Mana ada ciplak, fans Indonesia pertahan 'chant' Garuda kononnya tiru lagu JDT, Luaskan Kuasamu Johor


  • Podium
  • Sabtu, 23 Nov 2024

Chant fans Sang Garuda itu diibaratkan sama seperti lagu Luaskan Kuasamu Johor yang sering dilaungkan Boys Of Straits.

TULAR sejak Jumaat video penyokong skuad kebangsaan Indonesia dikatakan meniru lagu kelab Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dimuat naik di laman Facebook.

Menerusi paparan video berdurasi 20 saat itu memaparkan rakaman seorang wanita bersama penyokong lain sedang rancak menyanyikan lagu yang kelihatan agak sama sepeti lagu jaguh bola sepak tanah air itu.

Nyanyian itu bahkan ramai warga maya mendakwa diibaratkan sama seperti lirik lagu Luaskan Kuasamu Johor.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Jaga-jaga pemain no.7’, tindakan melampau pemain bola sepak amatur resahkan kelab-kelab di selatan tanah air

BACA LAGI: Amorim terpaksa guna kata-kata Mourinho untuk hidupkan semula impian fans Man United

Video yang dimuat naik sejak Jumaat itu bagaimanapun berjaya meraih kira-kira 88,000 tontonan sehingga kini.

Meninjau di ruangan komen, salah seorang pengguna, Yazs Hanzo Rahman berkata, lagu tersebut sudah lama dinyanyikan oleh penyokong-penyokong Indonesia dalam liga mereka sebelum JDT wujud lagi.

Untitled design-8

Nyanyian chant fans Garuda yang didakwa meniru lagu JDT, Luaskan Kuasamu Johor

"Rajin-rajinkanlah tonton video lama di YouTube kelab-kelab Indonesia dan jangan jadi seperti mereka yang asyik nak menuntut hak, malu!," ujurnya.

"JDT yang tiru Garuda...semasa saya bekerja kontrak dengan Pak Munawer dari 2000, Indonesia sudah pun menyanyikan lagu ini," kata Joko Arianto.

"Ini chant universal tak ada istilah curi-mencuri. JDT pun ambil chant antarabangsa juga aiya!," komen Han Hanisz.

"Banyak lagi yang ditiru dari Harimau Malaya. Di dalam negeri di Malaysia pun sama ramai yang ambil masa dan gaya dari Ultras Malaya," Muhd Shauki.

"Kalau dah nak claim lagu JDT pastikan kongsi dengan orang lain... jangan nyanyi sorang-sorang ya," kata Mnuraswariezal Shahabuddin.

Penyokong JDT boleh dianggap sebagai antara yang meriah setiap kali aksi, tidak kira di laman sendiri atau tempat lawan dengan pelbagai chant kreatif dinyanyikan sejak muncul kuasa besar bola sepak tempatan bermula 2013. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram