[VIDEO] Ulama beza pendapat pejuang lelaki pertama mati syahid di medan perang, tiga antaranya Umair bin Al-Hammam


  • Mukmin
  • Isnin, 25 Nov 2024

Terdapat tiga nama disebut dalam catatan sirah sebagai antara yang pertama gugur dalam peperangan Badar.

MATI syahid bukan hanya sekadar kematian tetapi satu penghormatan tertinggi bagi seorang Muslim yang gugur di jalan ALLAH.

Dalam konteks tersebut, terdapat kisah orang pertama yang mati syahid dalam Islam dari kalangan lelaki dan penting untuk umat Islam memahami erti sebenar pengorbanan dan perjuangan dalam menegakkan agama ALLAH.

Jadi, agak-agaknya siapakah figura yang disebut-sebutkan itu?

BACA LAGI: Ibu bapa perlu ambil iktibar kisah Nabi Yusuf, berlaku adil elak anak berasa cemburu, bertindak agresif

BACA LAGI: Dilempar dalam api keadaan tidak berpakaian, Nabi Ibrahim AS manusia pertama diberi penghormatan pakaian syurga di Padang Mahsyar

Berdasarkan ceramah Tanyalah Ustaz (2022) tetamu jemputan Al Fadhil Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, beliau menyatakan terdapat beberapa pandangan ulama mengenai siapakah individu lelaki pertama yang mati syahid di medan perang.

Menurutnya, terdapat beberapa catatan sejarah yang mencatatkan nama-nama yang berlainan bergantung kepada interpretasi dan kategori syahid yang dimaksudkan.

"Jika kita bercakap tentang syahid di medan perang, maka kita akan merujuk kepada perang Badar Qubra yang merupakan pertempuran pertama yang signifikan dalam sejarah Islam.

"Perang Badar yang berlaku pada bulan Ramadan tahun kedua Hijrah adalah medan ujian pertama bagi umat Islam untuk mempertahankan akidah mereka," katanya.

Menerusi ceramah yang bertopik 'Sirah: Lelaki Pertama Syahid' itu ada menjelaskan terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam kalangan ulama tentang siapa yang pertama kali syahid di medan perang Badar.

Katanya terdapat tiga nama disebut dalam catatan sirah sebagai antara yang pertama gugur dalam peperangan tersebut.

Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali berkata, mereka yang gugur di medan pertempuran itu adalah Umair bin Al-Hammam al-Ansari, Al-Harithah bin Surakah dan Ubaidillah bin Al-Harith.

"Umair bin Al-Hammam berasal dari golongan Ansar, diiktiraf oleh sebahagian ahli sejarah sebagai orang pertama yang syahid di Badar setelah beliau berjanji untuk mempertahankan Nabi Muhammad SAW dengan sepenuh hati," jelasnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa ada perbezaan antara mereka yang syahid kerana mempertahankan akidah dan mereka yang syahid dalam peperangan.

Seorang lagi tokoh yang sering disebut sebagai syahid pertama dalam mempertahankan agama adalah Sumayyah binti Khayyat yang merupakan wanita pertama yang syahid kerana menentang penindasan terhadap Islam.

Bagaimanapun, pendakwah bebas itu menekankan ketiga-tiga pejuang jihad tersebut merupakan contoh terbaik dan dapat diteruskan oleh generasi kini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram