[VIDEO] Pembantu perubatan maut digilis treler tidak berada lorong kiri di Jalan Skudai


  • Tular
  • Khamis, 07 Nov 2024

Lokasi kejadian dipercayai berlaku di Jalan Skudai selepas Petronas Pekan Rabu menghala Pusat Bandaraya Johor Baharu pada pukul 8 pagi.

SEORANG penunggang motosikal maut digilis sebuah treler selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor pada Khamis.

Difahamkan mangsa yang dipercayai merupakan pembantu perubatan Klinik Kesihatan Tampoi itu maut di lokasi kejadian.

Menerusi paparan video berdurasi 1.16 minit yang tular sejak Khamis itu memaparkan sebuah lori treler yang dipercayai tidak menyedari mangsa sebelum tergilis.

BACA LAGI: [VIDEO] Mahkamah Thailand izin polis tahan 6 rakyat Malaysia selama 3 bulan

BACA LAGI: Pegawai polis didakwa bunuh pelajar di Ipoh tukar pasukan peguam

Lokasi kejadian dipercayai berlaku di Jalan Skudai selepas Petronas Pekan Rabu menghala Pusat Bandaraya Johor Bahru pada pukul 8 pagi menurut perkongsian yang dimuat naik oleh Community Roda Johor di laman Facebook.

Menerusi paparan video itu, kelihatan pemegang motosikal mangsa tersangkut pada lori dan kemudiannya mengakibatkan mangsa terjatuh lalu digilis kenderaan panjang itu.

Meninjau di ruangan komen, warga maya ada berpendapat laluan lori sepatutnya berada di sebelah kiri sekali menurut Mohamad Aizudin Bathiar.

Perkara itu menjadi perdebatan apabila ada yang berpandangan laluan kiri itu mempunyai susur kiri dan terdapat juga jejambat, kata Mohd Halil yang menegaskan lori berada di laluan yang betul.

"Lori itu memang hendak terus dan nak buat apa dia kekiri sekali. Ini bukan perbezaan undang-undang Johor lain atau apa tetapi keadaan jalan di situ," luahnya.

"Kalau ada lori di sebelah jangan la hendak berani menyelit, lambat sikit tidak mengapa la," kata Rxn Gaming.

Pesan Azagoper Azhar pula, sekiranya berada dalam situasi sebegitu janganlah terlalu rapat kerana blind spot.

"Takut sangat kalau terjadi mcam ini lori tidak akan perasan punya...," katanya.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung insiden terbabit setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram