[VIDEO] Dituduh melulu langgar bonggol depan sekolah, pemandu Viva rempuh pengawal lalu lintas hingga patah pergelangan tangan


  • Tular
  • Khamis, 07 Nov 2024

Tangkap layar dashcam memaparkan detik-detik pengawal lalu lintas dilanggar kereta Viva di hadapan sebuah sekolah di Johor.

SEORANG pengawal lalu lintas yang dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam kejadian dekat Sekolah Agama Johor Jaya, Johor pada Khamis dipercayai mengalami kecederaan sehingga patah pergelangan tangan.

Difahamkan mangsa pada ketika itu sedang sibuk mengawal lalu lintas sekolah dan secara tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta Viva berwarna putih.

Menerusi paparan video berdurasi 20 saat yang tular sejak Khamis memaparkan mangsa sedang berjalan menuju ke tengah jalan sebelum mengangkat bendera untuk memberi isyarat kepada pemandu di laluan kanan bertujuan memberhentikan kenderaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Pembantu perubatan maut digilis treler tidak berada lorong kiri di Jalan Skudai

BACA LAGI: Pegawai polis didakwa bunuh pelajar di Ipoh tukar pasukan peguam

Tindakan mangsa semasa kejadian adalah bagi memberikan laluan lalu lintas kepada pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Menerusi paparan video itu, kereta Perodua Viva putih kelihatan dipandu secara melulu melalui bonggol jalan dan kemudiannya merempuh mangsa dari belakang.

Difahamkan akibat insiden itu, mangsa yang dikenali sebagai Osman mengalami patah pergelangan tangan.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dengan insiden itu kerana dianggap ia bukanlah insiden yang pertama kali berlaku.

Seorang warga maya, Mohammad Shukrie meluahkan rasa kesalnya terhadap pemandu-pemandu di Malaysia kerana tidak cakna semasa melalui kawasan bonggol.

"Tak bijak ke buta tu? Takkan lah orang sebesar itu tak nampak," komen Mohd Hafidz Habib.

"Pemilik kereta Viva ini macam apalah, depan sekolah kot nak laju-laju apanya. Kalau budak sekolah yang kau langgar tak tahulah apa jadi," kata Amyputra Putriiqra.

"Main telefon ke? Tak mungkin lah tak nampak!" kata Mozen Mocen.

"Ada pengawal dan lampu isyarat warna merah tu pun masih nak jalan juga...buta ke?," kata Isema Irma. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram