Lelaki diserang sawan ditemui lemas tersembam masuk tong air di Kota Bharu


  • 112
  • Selasa, 12 Nov 2024

Polis mengesahkan punca kematian adalah lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SEORANG lelaki ditemui lemas di bilik air rumahnya selepas diserang sawan epilepsi mengakibatkan dia terjatuh dengan kepalanya tersembam ke dalam sebuah tong berisi air.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, kejadian berlaku di Taman Arus Permai, Jalan Padang Rokma, Tumpat, Kelantan kira-kira pukul 4 petang pada Ahad.

Beliau berkata, mayat lelaki berusia 34 tahun itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

BACA LAGI: SPRM teliti, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet

BACA LAGI: Bapa, anak 6 tahun dalam perjalanan ke tabika maut kemalangan di Kuala Berang

3-07029

Kejadian berlaku di Taman Arus Permai, Jalan Padang Rokma pada petang Ahad. — Gambar hiasan

Menerusi kenyataan pada Selasa, punca kematian adalah lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan menghormati privasi keluarga mangsa.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi balai polis Wakaf Baru di talian 09-7196222 atau polis Tumpat di talian 09-7257222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram