[VIDEO] Penunggang motor tahan sakit kena hentam, pemandu kereta sesuka hati buat pusingan U dekat 'double line' di Desaru


  • Tular
  • Isnin, 11 Nov 2024

Tangkap layar pemandu kereta bertindak membuat pusingan berbahaya di garisan berkembar.

SEORANG pemandu kereta bertindak membuat u-turn (pusingan U) secara melulu di sebuah jalan raya sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang penunggang motosikal yang dipercayai di Desaru, Kota Tinggi, Johor pada Ahad.

Menerusi video tersebut, pemandu kereta itu dilihat membuat pusingan U berbahaya di garisan berkembar (double line) meskipun kereta yang menghala dari arah bertentangan sedang bergerak.

Ekoran tindakan berbahaya itu, pemandu kereta tersebut gagal membuat pusingan bagi mengelak sebuah kenderaan yang dilihat hampir melanggarnya namun dilanggar sebuah motorsikal.

BACA LAGI: [VIDEO] Pembantu perubatan maut digilis treler tidak berada lorong kiri di Jalan Skudai

BACA LAGI: [VIDEO] Dituduh melulu langgar bonggol depan sekolah, pemandu Viva rempuh pengawal lalu lintas hingga patah pergelangan tangan

Difahamkan mangsa pada ketika itu seorang mangsa penunggang motosikal tidak sempat mengawal kenderaan lalu menghentam kereta berkenaan dan kemudiannya jatuh dan mengalami kecederaan.

Menerusi paparan video berdurasi 14 saat tular sejak dimuat naik pada Ahad meraih perhatian warga maya dan mendapat kecaman hebat kerana membuat pusingan di garisan berkembar.

Meninjau di ruangan komen, salah seorang pengguna media sosial Joha Joe memberi kritikan dengan berkata "kereta itu apa pasal buat pusingan secara tiba-tiba di garisan berkembar mana boleh?".

"B*****g punya kereta nak pusing salah tempat tak pasal-pasal penunggang motor jadi mangsa," komen Ahmad Dalimi Dalimi.

"Mungkin motosikal lalu tak pakai signal sebab itu kereta tak nampak, apa-apa pun harap ada tindakan tegas kepada pihak yang bersalah dan dipermudahkan segala urusan mangsa," komen Fadrul Ramli.

"Penunggang motorsikal baik langgar kereta itu dari kau elak masuk longkang tiada pilihan sakitnya tetap sama, bayangakan itu superbike, kereta itu dengan anak bini semua sekali mauttttt," kata Mohd Rafi.

"Mesti lebuh raya Desaru...b****k betul," komen Akmal Faez.

Masih belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa mengenai insiden terbabit setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram