SEORANG lelaki maut ditembak ketika sedang makan di sebuah restoran di Burdur, Turkiye oleh individu yang dikatakan mempunyai permusuhan dengannya selepas bertemu di lokasi yang sama.
Menurut laporan media antarabangsa pada Jumaat lalu, Hüseyin Mete yang berumur 42 tahun maut ditembak oleh suspek yang dikenali sebagai Ramazan Uçar ketika dia duduk di meja makan bersama seorang wanita, dipercayai kekasihnya.
Rakaman kamera CCTV memaparkan detik-detik tragis ketika mangsa ditembak secara bersahaja dari belakang oleh suspek ketika menjamah makanan.
BACA LAGI: Musim kenduri kahwin, tetamu majlis dinasihat jangan parkir depan pagar rumah jiran tuan rumah
BACA LAGI: Imam masjid jatuh tercampak, tak perasan terlanggar bonggol tidak berwarna di Pulau Pinang
Dalam rakaman berdurasi 0.34 saat itu, suspek yang menembak mangsa dapat dilihat dengan jelas.
Susulan kejadian itu, satu hantaran yang dimuat naik oleh suspek pembunuhan, Ramazan Uçar menerusi akaun media sosialnya menarik perhatian warga maya.
Ramazan Uçar menerusi muat naik hantaranya berkata: “Tiada sesiapa yang patut memandang rendah terhadap orang lain.
"Peluru itu kecil, tetapi boleh menghilangkan nyawa," katanya.
Mesej tersebut menjadi tumpuan setelah kejadian yang berlaku dan meraih perhatian dalam kalangan warga maya.
Sementara itu, pasukan polis berjaya menahan suspek sejurus selepas kejadian dan memaklumkan bahawa siasatan masih diteruskan dan semua butiran kejadian sedang diperiksa.
Kejadian itu mencetuskan kesan yang meluas di Burdur, sementara pihak berkuasa pula meningkatkan langkah-langkah keselamatan di kawasan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram