[VIDEO] Demi konten ekstrem, pemuda Sulawesi masih hilang selepas 10 hari ‘lesap’ dibawa arus ganas


  • Benua
  • Isnin, 11 Nov 2024

Tangkap layar Jihad Ramadahani (22) hilang selepas membuat aksi ekstrem dari empangan benteng di Pinrang.

SEORANG pemuda yang dilaporkan hilang selepas membuat aksi ekstrem hanya semata-mata untuk merakam video konten di sebuah empangan di Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia masih belum ditemui sehingga kini selepas 10 hari dilaporkan hilang sejak 2 November lepas.

Mangsa yang dikenali sebagai Jihad Ramadahani, 22, sebelum itu berani menerima cabaran bagi 'satu aksi' di jambatan empangan di Pinrang demi mendapatkan perhatian warga maya di media sosial.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada Sabtu minggu lalu menurut Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Pinrang, Rhommy Manule.

BACA LAGI: [VIDEO] Malang 3 kali ganda, wanita Thailand maut tersangkut kabel elektrik sebelum diseret lori lalu dihempap motor

BACA LAGI: [VIDEO] Pembantu perubatan maut digilis treler tidak berada lorong kiri di Jalan Skudai

Menurutnya setakat Rabu, Jihad masih belum ditemui dan tiada perkembangan terkini.

Terdahulu media melaporkan, kejadian berlaku apabila Jihad bersama empat rakannya pergi ke jambatan itu sebelum waktu Maghrib dan mereka bersepakat untuk merakam aksi berbahaya untuk konten media sosial.

Menerusi video tular, Jihad kelihatan membuat aksi tersebut di jambatan sambil mengenakan baju hitam sementara rakannya merakam dari atas.

Pada mulanya, Jihad dilihat berenang menuju ke kawasan tepi tetapi arus deras membawanya jauh dan 'lesap' dari pandangan.

Pencarian masih diteruskan menurut Rhommy yang menjelaskan cuaca buruk dan arus deras menyukarkan pasukan penyelamat yang sedang berusaha mencari mangsa.

“Kami terus berusaha, pencarian masih dijalankan dengan dua pasukan dan bantuan pasukan Pencarian dan Penyelamatan (SAR). Cuaca memang mencabar,” kata Rhommy.

Difahamkan juga, empanagan benteng tersebut memang sering dikunjungi oleh anak muda tempatan untuk berenang tetapi tanpa pengawasan yang ketat menjadikan tempat tersebut sangat berbahaya.

“Arus di sana sangat kuat dan berbahaya,” tambah Rhommy.

Menjengah di ruangan komen juga menyatakan pemuda tersebut masih belum ditemui sehingga kini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram