[VIDEO] Pelajar cemerlang terima biasiswa UTP maut, 3 rakan parah kereta hilang kawalan rempuh 'divider' di Seri Iskandar


  • 112
  • Isnin, 11 Nov 2024

Mangsa yang menaiki kenderaan dari arah UTP menghala ke Seri Iskandar hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan dan berpusing lalu memasuki laluan bertentangan. — JBPM Perak

SEORANG penuntut Universiti Teknologi Petronas Seri Iskandar (UTP) meninggal dunia manakala tiga lagi rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Teknologi 1, Seri Iskandar, Perak pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza dipandu individu lelaki yang juga pelajar UTP dan bersama tiga lagi rakannya dari universiti yang sama.

Menerusi kenyataan polis, difahamkan kesemua mangsa dalam kenderaan terbabit dari arah UTP menghala ke Seri Iskandar hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan dan berpusing lalu memasuki laluan bertentangan.

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang motor tahan sakit kena hentam, pemandu kereta sesuka hati buat pusingan U dekat 'double line' di Desaru

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Dilaporkan akibat kemalangan itu pemandu kereta mengalami kecederaan parah manakala dua lagi rakannya cedera ringan.

Menurutnya, seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Najib Mohd Adin tercampak keluar semasa kereta berpusing dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan mangsa yang meninggal dunia adalah penerima biasiswa peneraju tunas geliga kohot ke-6.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh tampil kepada pegawai penyiasat trafik IPD Perak tengah di talian 014-6790829 bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram