[VIDEO] Malang 3 kali ganda, wanita Thailand maut tersangkut kabel elektrik sebelum diseret lori lalu dihempap motor


  • Benua
  • Rabu, 06 Nov 2024

Tangkap layar CCTV menunjukkan lokasi kejadian mungkin berlaku di Thailand sebelum wanita berkenaan diseret lori sebelum tercampak.

GARA-GARA tidak sempat menyelamatkan diri daripada tersangkut kabel, seorang wanita diseret lori muatan berat ketika hendak menunggang motosikal keluar di bahu jalan lalu tercampak jatuh sebelum dihempap sebuah lagi motosikal, dipercayai berlaku di Thailand baru-baru ini.

Menerusi paparan video berdurasi 51 saat yang tular sejak Rabu itu memaparkan sebuah lori muatan berat melalui kawasan deretan kedai yang terdapat kabel-kabel tergantung rendah dipercayai kabel elektrik atau telekomunikasi.

CCTV itu menunjukkan lori muatan berat itu pada awalnya kelihatan melanggar kabel-kabel yang tergantung rendah itu lalu terjatuh sebelum tersangkut pada wanita berkenaan.

BACA LAGI: Datuk enggan jaga, PKMB Sibu cari keluarga angkat untuk bayi dibuang dalam bekas simpan ikan

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki Brazil terduduk tahan sakit, malu ditampar polis 3 kali akibat kasari ibu terlantar

Difahamkan di lokasi kejadian, wanita itu sedang meletakkan motosikal di sisi jalan dan kemudiannya dilihat mahu menunggang masuk ke lorong kiri malah terjatuh akibat tersangkut pada kabel yang dipercayai awalnya terjepit pada lori.

Kelihatan wanita itu cuba menyelamatkan diri dengan turun dari motosikalnya namun gagal lalu diseret lori muatan berat itu sebelum tercampak.

Sebelum diselamatkan orang ramai, wanita itu tercampak jauh dari lokasi kejadian dan dihempap oleh sebuah motosikal.

Lokasi itu bagaimanapun tidak dapat kenalpasti secara terperinci dan berdasarkan komen-komen warga maya ada menyatakan lokasi itu berkemungkinan berlaku di Thailand.

Ia ekoran paparan CCTV menunjukkan deretan papan tanda kedai runcit yang mempunyai tulisan Thailand. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram