Bapa, anak 6 tahun dalam perjalanan ke tabika maut kemalangan di Kuala Berang


  • 112
  • Isnin, 11 Nov 2024

Keadaan motosikal yang ditunggang selepas mengalami kemalangan di hadapan sebuah klinik kesihatan.

KISAH pilu menimpa sebuah keluarga di Terengganu selepas bapa dan anaknya yang lengkap berbaju uniform Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM15 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris berhampiran Kampung Tengkawang, Kuala Berang, Terengganu pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, mangsa ialah Saiful Azrin Awang anaknya, Muhammad Daim Irfanshah yang berusia enam tahun dengan mereka ketika itu dalam perjalanan ke prasekolah berhampiran.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa merempuh pintu kiri Proton Saga yang dalam perjalanan ke arah berbeza dalam kemalangan pada pukul 7.45 pagi itu.

BACA LAGI: Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam sungai di Pasar Bisik

BACA LAGI: Ahli perniagaan mengaku tak bersalah bunuh rakan bisnes depan pondok pengawal di Terengganu

466374357_996183689215024_9010220767661702646_n

Motosikal ditunggang kedua-dua mangsa merempuh kereta yang sedang membelok. Facebook/Info Kemalangan & Bencana Malaysia

"Pemandu kereta yang merupakan seorang doktor gigi sedang membelok ketika motosikal yang ditunggang mangsa berusia 42 tahun melanggar pintu kiri kereta tersebut," katanya.

Muhammad Daim yang merupakan murid di Tabika KEMAS meninggal dunia di tempat kejadian sementara bapanya yang alami kecederaan kepala dan pendarahan di paru-paru digegas ke Hospital Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, dia yang merupakan seorang buruh meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram