50 liter gas amonia dilepaskan berpunca paip bocor kilang di Pontian berjaya dikawal, tiada mangsa keracunan


  • 112
  • Rabu, 06 Nov 2024

Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebocoran gas amonia di sebuah kilang di Pontian. — JPBM

KEBOCORAN gas amonia yang berlaku di sebuah kilang di Pontian, Johor pada petang Selasa dilaporkan tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Dua, Mohd Hasnan Abd Rahman berkata, terdapat paip gas dilaporkan bocor kira-kira pukul 2.03 petang di kilang berkenaan.

Menurutnya, ekoran kejadian itu seramai 19 anggota dari Balai Pontian Baru dan Larkin bersama pasukan HAZMAT dikejarkan ke lokasi.

BACA LAGI: Rancangan besarkan pelabuhan Butterworth punca kajian projek terowong antara George Town-Seberang Perai masih belum selesai

BACA LAGI: Warga emas jadi tekong, sumbat 15 PATI dalam Mercedes Benz, Grand Livina di Tumpat

Ilustrasi-gas-beracun

Dilaporkan bacaan kepekatan gas amonia berada pada tahap terkawal dan selamat. — Gambar hiasan

Difahamkan, pasukan bomba tiba pada pukul 2.10 petang dan kerja-kerja pemindahan baki gas dalam tangki yang bocor segera dilakukan.

“Hasil siasatan awal mendapati kira-kira 50 liter gas amonia telah dilepaskan berpunca dari paip yang bocor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Hasnan Rahman berkata, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari BBP Larkin tiba di lokasi pada pukul 8.00 malam.

Setelah itu, anggota HAZMAT segera menjalankan pemeriksaan kebocoran pada aras bawah dan aras satu bangunan menggunakan alat pengesan GFG dan Gasmet.

Kebocoran gas di kilang terbabit berjaya dikawal sepenuhnya selepas anggota bomba berjaya memindahkan kira-kira 100 liter gas dari tangki yang bocor ke tangki bersebelahan serta mengosongkan bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.

Difahamkan setelah itu, bacaan kepekatan gas amonia berada pada tahap terkawal dan selamat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram