SEBUAH beg yang mengandungi wang tunai mencecah RM1 juta dilaporkan hilang di Ampang Point, Ampang, Selangor pada Rabu.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, satu laporan polis sudah dibuat sebuah syarikat keselamatan selepas mereka menerima duit tersebut di sebuah bank sekitar kawasan itu pada kira-kira pukul 3.55 petang Rabu.
BACA LAGI: Wanita mengaku bersalah biar 2 anak tak berjaga dalam pangsapuri di Ampang
BACA LAGI: Bayi usia setahun antara 2 kanak-kanak diselamatkan polis lepas dikurung ibu di Ampang
Rusdi menegaskan pihaknya bersedia memberi bantuan sekiranya diperlukan.
"Kami sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, kami akan memberitahu orang ramai sekiranya terdapat sebarang perkembangan berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan.
Difahamkan, beg mengandungi wang tunai berkenaan hilang selepas pemandu van keselamatan tersebut menyedari pintu kenderaannya terbuka.
Sasikala mengumumkan beg berisi wang RM1 juta itu sudah ditemui.
Mohd Azam Ismail berkata, polis menahan dua individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.
Beliau berkata, individu yang ditahan ialah pengawal keselamatan berusia 38 tahun dan wanita warga tempatan berusia 52 tahun.
“Ujian air kencing ke atas kedua dua tangkapan adalah negatif dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Kedua-dua individu berkenaan dibenarkan tahanan reman oleh Mahkamah Ampang selama empat hari bermula Khamis sehingga Ahad,” katanya.
Beg berisi duit itu difahamkan ditemui sekitar Jalan Hulu Kelang menghala ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh).
Difahamkan, ia terjatuh daripada van yang digunakan syarikat keselamatan itu ketika ia sedang melakukan lencongan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram