Langkah berani wanita Gemas, makin cipta nama dunia jilid buku selepas tinggalkan karier 14 tahun sebagai pengurus reka bentuk


  • Bizz
  • Rabu, 06 Nov 2024

Samsiah menjalankan perniagaannya dengan menyewa sebuah rumah di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur.

SAMSIAH Jendol, 51, mengambil langkah berani dengan meninggalkan kariernya sebagai pengurus reka bentuk di Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC) pada 2009 untuk memberi fokus pada perniagaan penjilidan buku di ibu kota.

Minat terhadap seni penjilidan buku dengan sentuhan kreativiti tersendiri menjadikan nama wanita berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu semakin dikenali dalam kalangan komuniti dan individu yang menawarkan servis berkenaan.

Minat tersebut berkembang selepas dia menyukai idea bagaimana kepingan kertas boleh diubah menjadi sebuah buku yang cantik dengan beberapa teknik seperti melipat, menjahit dan mengikat.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

“Kebanyakan teknik ikatan komersial cenderung menyembunyikan keindahan jahitan di bawah tulang belakang.

"Namun, saya menggunakan kaedah jahitan yang berbeza dan ia menjadi ciri utama sesebuah buku. Produk saya adalah buatan tangan, sama seperti cara penjilidan buku dilakukan ratusan tahun lalu. Ia adalah satu proses yang teliti,” katanya.

Cinta dan semangat yang mendalam terhadapi kegiatan menjilid buku menyebabkan Samsiah nekad melepaskan jawatan sebelum memutuskan untuk melancarkan perniagaan penjilidan bukunya di Kuala Lumpur.

Wanita itu mengakui, dia menyukai idea untuk bangun setiap hari dan tidak sabar melakukan sesuatu yang diminatinya.

"Bekerja dalam dunia korporat selama 14 tahun adalah satu pengalaman yang baik. Ia membantu saya untuk bersedia membina perniagaan sendiri," ujarnya yang pernah bekerja sebagai Ketua Reka Bentuk (Komunikasi Korporat) Petronas sebelum berkhidmat di DDEC.

A puncher and hammer are used to create the alphabets on the spine of a book. — SAMSIAH JENDOL

Penebuk dan tukul digunakan untuk membuat abjad pada tulang belakang buku.

Samsiah yang kini menetap di Ampang, Selangor mendalami kemahiran penjilidan buku semasa menyambung pengajian dalam jurusan reka bentuk grafik komputer di Whanganui School of Design di Whanganui, New Zealand pada 1990-an.

Menjilid buku adalah salah satu subjek terasnya.

"Reka bentuk grafik komputer memerlukan saya untuk duduk di hadapan komputer selama berjam-jam.

"Kursus penjilidan buku sebaliknya membuat saya seronok kerana boleh menggunakan tangan untuk mencipta barangan,” katanya.

Samsiah uses the long stitch technique on many of her custom-made books.— SAMSIAH JENDOL

Samsiah menggunakan teknik jahitan panjang pada kebanyakan buku buatannya.

Lompat bidang

Ibu kepada dua anak itu mengakui berpuas hati dengan keputusannya untuk terjun ke dalam dunia keusahawanan dan meneruskan minatnya.

“Bekerja untuk 'mengejar' gaji setiap bulan tidak begitu memikat saya. Saya meminati seni dan kraf sejak muda dan seronok meneliti setiap butiran bahan yang digunakan untuk membuat buku.

“Kerja, khususnya penjilidan buku dan jurnal, telah menjadi medium untuk saya menzahirkan kreativiti," ujarnya.

Samsiah menjalankan perniagaannya dengan menyewa sebuah rumah di Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dia menjadikan ruang itu lebih selesa dengan meletakkan barangan hiasan peribadi, perabot kayu dan tumbuh-tumbuhan.

Items like waxed thread, glue, scissor, paper folder, awl, puncher, cotton tape, and needles are some of the items used in bookbinding.— SAMSIAH JENDOL

Item seperti benang lilin, gam, gunting, penebuk, pita kapas dan jarum adalah barangan keperluan dalam kit alat penjilid buku.

Di stesen kerjanya, wanita berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu mempunyai pelbagai benang lilin berwarna dan jarum jahit termasuk jarum melengkung, permaidani dan jarum darning di dalam kotak.

Alat seperti gergaji muda, pemangkas kertas dan pengapit pengikat berada dalam jangkauan tangan. Disusun kemas dalam bakul ialah gunting, fail dan tukul.

Walaupun penjilidan buku tidak begitu popular seperti kraf lain, Samsiah mendapati sambutan terhadap bentuk seni itu semakin meningkat khususnya dalam kalangan individu yang gemar menulis jurnal.

“Tidak ramai yang tahu profesion ini wujud. Akibatnya, penjilid buku dipandang rendah dan sering diletakkan di bawah industri penerbitan sebagai sebahagian kecil perniagaan.

"Malah ada yang beranggapan bahawa penjilid buku ialah mereka yang bekerja di bahagian pemuliharaan muzium atau perpustakaan,” katanya.

Samsiah has shared her knowledge in bookbinding with over 2000 students in the last decade.— SAMSIAH JENDOL

Samsiah (kanan) juga sudah lebih sedekad menjalankan bengkel penjilidan buku.

Samsiah juga sudah lebih sedekad menjalankan bengkel penjilidan buku. Dia menganggap dirinya mempunyai kewajipan untuk mendidik orang ramai tentang seni penjilidan buku.

"Beberapa pelajar saya berasal dari Perancis, New Zealand dan Brunei,” kongsi Samsiah yang memuat naik foto hasil ciptaan terbaharunya di laman Instagramnya, littlesyam.

Wanita peramah itu juga pakar dalam memulihkan buku-buku lama antaranya buku resipi, komik, buku agama dan album perkahwinan.

Melalui projek pemulihannya, dia telah memberi nafas baharu kepada buku-buku lama, dengan harga permulaan sebanyak RM75. — The Star/SHEELA CHANDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram