Penduduk Gasing Indah luah rasa bimbang kejadian lubang benam semakin kerap berulang


  • Massa
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Kejadian jalan berlubang yang kerap berlaku di Jalan 6/132 menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk Gasing Indah, Kuala Lumpur. 

KEJADIAN jalan berlubang yang kerap berlaku di Jalan 6/132 menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk Gasing Indah, Kuala Lumpur.

Jalan di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu digunakan lebih 100 kenderaan setiap hari.

Penduduk Maxwell Tower, Maria Vivienne Pereira, 56, dan Ruth Netto, 64, berkata, kewujudan lubang tersebut disedari seorang jiran pada Ogos lalu.

BACA LAGI: Nyawa di hujung tanduk, Dr Mohd Khir Rezza imbau semula pengalaman rawat tentera parah akibat letupan

BACA LAGI: Cabaran penebang pokok di musim tengkujuh, 14 tahun dalam lindungan ALLAH setinggi 50 meter dari atas tanah

Masalah itu juga sudah dilaporkan kepada pihak DBKL.

"DBKL telah menampal lubang tersebut pada bulan yang sama, tetapi ia muncul semula," kata Pereira.

"Penduduk yang tinggal berhampiran telah diberi amaran agar lebih berhati-hati ketika memandu di sepanjang jalan tersebut.

"Penduduk juga memaklumkan (insiden tersebut) kepada Alam Flora (Alam Flora Sdn Bhd) supaya menggunakan laluan lain semasa melakukan kutipan sampah harian mereka, kerana trak yang sarat muatan mungkin akan menyebabkan lebih banyak kerosakan," kata Netto.

(from left) Pereira, Quwais and Netto at the sinkhole on Jalan 6/132 in Gasing Indah, Kuala Lumpur.

(Dari kiri) Pereira, Quwais dan Netto melihat kawasan lubang benam yang kerap terjadi di Jalan 6/132 in Gasing Indah, Kuala Lumpur.

Sebagai langkah keselamatan, sesetengah penduduk Maxwell Tower kini mengambil risiko memandu secara melawan arus di laluan lain, namun tindakan itu menyebabkan mereka berdepan risiko kemalangan.

Lubang di satu-satunya jalan keluar dari kawasan tersebut membuatkan Quwais Zakaria, 18, bimbang setiap kali dia perlu membuat penghantaran.

"Saya risau seluruh jalan mungkin runtuh ketika motosikal atau van penghantaran kami berada di atasnya," kata Quwais yang bekerja di sebuah syarikat kurier berdekatan.

Ujarnya, pasukan penyelenggaraan jalan hanya menampal lubang itu dengan simen dan kemudian membuat jalan tar.

Ray Loke, yang memiliki bengkel kereta di kawasan itu, turut berkongsi kebimbangan yang sama.

Dia meluahkan kekecewaan terhadap kerja pembaikan yang tidak memuaskan.

Katanya, masalah itu telah berlanjutan selama hampir setahun.

"Jika jalan tersebut runtuh ketika kenderaan melaluinya, ia boleh menyebabkan kecederaan serius. Sesuatu perlu dilakukan segera sebelum kemalangan berlaku," kata Loke, 38.

Sementara itu, DBKL memaklumkan, sebuah syarikat kontraktor telah dilantik pada 7 Oktober lalu untuk menyiasat punca lubang tersebut.

Kerja penggalian bermula pada 9 Oktober dan dijangka siap pada 16 Oktober.

Skop kerja termasuk mengorek kawasan yang terjejas, mengenal pasti dan membaiki punca lubang benam, diikuti dengan kerja mengisi serta menurap semula permukaan jalan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut meminta kerjasama pengguna jalan raya di kawasan tersebut untuk berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang tempoh ini.

Dalam kenyataan berasingan, Indah Water Konsortium (IWK) memaklumkan bahawa mereka telah menghantar pasukan dengan peralatan kamera untuk memeriksa keadaan paip pembetungan bawah tanah di kawasan tersebut.

Menurut syarikat utiliti itu, paip berkenaan didapati berada dalam keadaan baik dan tiada runtuhan berdekatan yang direkodkan. The Star / GRACE CHEN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram