'Mungkin keluar nak cari duit lebih', 4 pelajar tahfiz Ittifaqiyah masih pakai ketayap ketika ditemui


  • Massa
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Empat pelajar pusat tahfiz yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur sejak Insin lalu sudah ditemui awal pagi Jumaat.

EMPAT pelajar pusat tahfiz yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur sejak Insin lalu sudah ditemui awal pagi Jumaat.

Keempat-empat mangsa hilang selepas keluar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Dato Keramat, Kuala Lumpur.

Memetik laporan berita Kosmo! bapa kepada salah seorang pelajar berkenaan, Rashidi Othman, 53 berkata, penemuan semua kanak-kanak itu di sekitar Bangi, dimaklumkan kepadanya kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

BACA LAGI: Hilang sejak Selasa, polis cari 4 pelajar tahfiz hilang di Kuala Lumpur

BACA LAGI: Pakai serba hitam, Nur Asmidah naik Bezza putih sebelum hilang — Polis Kuala Selangor

Tindakan menghilangkan diri empat kanak-kanak itu berkemungkinan untuk berdikari dan mencari wang lebihan sendiri.

“Pihak polis maklum kepada saya mereka sudah dijumpai. Mereka berkemungkinan berniaga semasa hilang, sebab mak saya ada berikan wang RM80 kepada dia, mungkin ingin cari dana yang lebih banyak.

“Mereka ditemui ketika masih dalam keadaan ‘berketayap’ lagi,” katanya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan polis membuka kertas siasatan mengenai empat pelajar pusat tahfiz yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Polis Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, empat pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Razak, Ahlami, Danish dan Darwais dilaporkan hilang sejak Selasa.

"Kami menerima aduan dan mengesahkan yang pelajar dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sudah hilang sejak Isnin," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram