[VIDEO] Bukan kena gigit buaya, lelaki terkapai-kapai dalam air rupanya larikan diri lepas merusuh di Jakarta


  • Benua
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Tangkap layar seorang lelaki (Dalam bulatan) terkapai-kapai dalam air seolah-olah meminta pertolongan daripada orang awam. — Agensi

TULAR di laman media sosial seorang lelaki didakwa dibaham seekor buaya di sebuah sungai baru-baru ini.

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, lelaki berkenaan berada dalam keadaan terkapai-kapai dan meminta pertolongan selepas kakinya dipercayai digigit seekor buaya.

Orang awam juga dilihat cuba membaling sesuatu ke arah lelaki itu dengan harapan dapat menghalau buaya tersebut.

BACA LAGI: Suspek wanita rempuh 4 penuntut UiTM Dungun tak pernah terima rawatan mental

BACA LAGI: 'Mungkin keluar nak cari duit lebih', 4 pelajar tahfiz Ittifaqiyah masih pakai ketayap ketika ditemui

Namun begitu, hasil semakan Majoriti mendapati insiden tersebut tidak melibatkan reptilia ganas itu sebaliknya lelaki berkenaan merupakan suspek yang terlibat dalam satu pergaduhan di Jakarta, Indonesia pada 21 September lalu.

Memetik laporan media antarabangsa, lelaki itu merupakan salah seorang daripada empat suspek yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran kawasan itu.

Difahamkan, suspek bersama empat rakannya yang lain sebelum itu telah membuat rusuhan menggunakan senjata tajam sehingga menyebabkan kegusaran orang awam.

Mereka melarikan diri ke sebuah padang golf berdekatan sebelum mencederakan dua pengawal keselamatan dan seorang individu awam.

Ketika dikejar, lelaki itu cuba melarikan diri dengan terjun ke salah sebuah kolam di kawasan tersebut.

Keempat-empat suspek akhirnya berjaya ditangkap orang awam dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun nasib kesemua suspek tidak dapat dipastikan sama ada sudah dihukum atau dilepaskan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram