[VIDEO] 'Perceraian bukan untuk digembar-gemburkan', khutbah Jumaat Selangor tegur media isu perpisahan personaliti terkenal


  • Primer
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Khutbah yang diterbitkan oleh JAIS pada solat Jumaat di seluruh Selangor itu berkata, media seharusnya menyampaikan berita yang seimbang dan tidak hanya membangkitkan isu kontroversi.— Tourism Selangor

SEBAGAI media, privasi dan kehidupan peribadi personaliti dan selebriti terkenal perlu dihormati susulan penularan berita yang meluas mengenai perceraian sehingga mendatangkan kesan buruk.

Menerusi Khutbah Jumaat di Selangor yang bertajuk ‘Kukuhkan Ikatan Perkahwinan, Elakkan Penceraian’ berkata, penularan berita tersebut boleh memberi kesan negatif kepada pasangan terbabit.

Teks khutbah itu juga menyatakan yang sejak kebelakangan ini, banyak ditulis di dada-dada akhbar dan tular di media sosial isu perceraian melibatkan personaliti-personaliti terkenal tanah air dalam kalangan masyarakat.

BACA LAGI: Suspek wanita rempuh 4 penuntut UiTM Dungun tak pernah terima rawatan mental

BACA LAGI: Mangsa ke-4 kena rempuh wanita disyaki kurang siuman sudah sedar di Hospital Dungun

GZle2LgbUAAbBMG

Khutbah Jumaat di Selangor yang bertajuk ‘Kukuhkan Ikatan Perkahwinan, Elakkan Penceraian’ pada Jumaat.

"Penularan berita yang meluas mengenai perceraian ini memperlihatkan media tidak menghormati privasi dan kehidupan peribadi mereka yang boleh memberi kesan negatif kepada pasangan yang terbabit.

“Perceraian bukanlah sesuatu yang harus digembar-gemburkan kerana ianya merupakan satu pengalaman yang sangat peribadi, pahit dan menyakitkan. Media seharusnya berperanan dalam membina masyarakat yang positif dan sihat, bukan memburukkan keadaan,” katanya.

Tegas khutbah yang diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu lagi, media seharusnya menyampaikan berita yang seimbang dan tidak hanya membangkitkan isu kontroversi.

Perceraian bukanlah sesuatu yang harus digembar-gemburkan kerana ia merupakan satu pengalaman yang sangat peribadi, pahit dan menyakitkan.

"Media seharusnya berperanan dalam membina masyarakat yang positif dan sihat, bukan memburukkan keadaan," ulasnya.

Katanya, platform media adalah untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga hubungan yang sihat dan cara menangani perpisahan dengan baik.

Khutbah berkenaan turut menasihatkan pasangan suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga tidak meluahkan masalah kepada media sosial atau secara terbuka.

“Pasangan suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga, hendaklah merujuk kepada pejabat-pejabat agama.

"Untuk mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan rumahtangga memerlukan kepada ilmu iaitu dengan menambahkan ilmu terutamanya ilmu komunikasi dan ilmu psikologi dalam rumahtangga serta ilmu agama khususnya fiqh rumahtangga.

"Oleh itu, tuntutlah ilmu dengan menghadiri kelas-kelas pengajian terutamanya kelas-kelas agama, kuliah-kuliah di masjid dan melalui pembacaan buku tentang tanggungjawab sebagai suami isteri," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram