[VIDEO] Treler terbakar, melintang tengah jalan akibatkan kesesakan menghala Gombak


  • Primer
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Sebuah treler dilaporkan terbabas hingga mengakibatkan kemalangan kesesakan teruk di Kilometer (KM) 27.8 arah barat Genting Sempah ke Gombak pada Jumaat.

SEBUAH treler dilaporkan terbabas hingga mengakibatkan kemalangan kesesakan teruk di Kilometer (KM) 27.8 arah barat Genting Sempah ke Gombak pada Jumaat.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.25 petang.

"Kemalangan di KM 27.8 arah Barat dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

BACA LAGI: Suspek wanita rempuh 4 penuntut UiTM Dungun tak pernah terima rawatan mental

BACA LAGI: Mangsa ke-4 kena rempuh wanita disyaki kurang siuman sudah sedar di Hospital Dungun

"Semua lorong terhalang. Trafik terhenti. Sila gunakan laluan alternatif keluar ke Persimpangan Genting Sempah bagi kenderaan dari Timur ke Kuala Lumpur," katanya.

Namun, punca serta jumlah mangsa kemalangan masih belum diketahui.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram