Larian kontroversi, tak senonoh dianjurkan tanpa pengetahuan Majlis Perbandaran Pengerang


  • 112
  • Ahad, 06 Okt 2024

Tangkap layar memaparkan antara peserta larian antarabangsa di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, pada Sabtu.

LARIAN Antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pada Sabtu dianjurkan tanpa pengetahuan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP).

MPP menerusi satu kenyataan di Facebook memaklumkan, penganjuran program tersebut tidak mendapat mana-mana kelulusan dan tiada pemakluman diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menurutnya, sebarang kesalahan undang-undang termasuk menganjurkan aktiviti yang tiada permit akan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil berkuat kuasa yang digunapakai.

BACA LAGI: Lelaki bunuh pereka dalaman di Sri Damansara disyaki tengah merompak sebelum mangsa tiba-tiba balik rumah

BACA LAGI: Pereka dalaman tinggal sendirian di apartmen di Sri Damansara maut kena tikam 20 kali

"MPP juga tidak akan memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di kawasan pentadbir.

"Sebarang penganjuran program perlulah membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran serta kelulusan terlebih dulu daripada pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi," katanya pada Ahad.

Polis pada Sabtu menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi.

Dua lelaki warga asing dan seorang lagi warga tempatan berusia 39 hingga 70 tahun itu diberkas di sebuah hotel pada pukul 10 malam bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram